Monday, January 25, 2010

taman sekebun bunga

aku bukan saja anak petani dan pelaut dr kampung (di bandar mane ade laut kan!) tapi aku juga seorang pencinta alam semulajadi-aku jadi begitu mungkin kerana dilahrikan dan dibesarkan di kampung nan indah dan permai, dikelilingi kehijauan yang sejuk mata memandang. Laut membiru mencipta kedamaian tersendiri....cheeewah..bermadah helah la pulak!! sebenar nya aku nak tunjukan pokok cili aku dah berbuah!!...ahakhakkhak...

dah boleh tenyeh dalam budu beb...!!!

selain pokok lada taman sekebun bunga yang sekangkang arnab tu setumbuhi pokok kari, pokok dokong, pokok rambutan dan bermacam pokok bunga lah..........hahaha bunyi nyer cam dusun yer!! pokok rambutan & pokok dokong tu disemai dalam polybeg, ntah bile leh berbuah yer..



kaktus berduri ni,,mmg tak leh dimakan atau dibuat ulam tapi klu berbunga lebat cantik sangat



sape tau nama pokok ni?..aku tanya sebab aku pun tk tau..cantik gak klu berbunga tapi bunganya tak tahan lama..4 hari dah luruh!


my sweet girl...mmg suke berkebun espesially bile tang nk siram pokok...alamatnyer ngan dia bersiram sama


oi....kutip buah kelapa ke?..hati2 kang jatuh longkang..


kasih ibu...sekor binatang pun sayangkan anak yang dilahirkan.  jadi aku tak paham kenapa semakin byk kes buang anak manusia sekarang ni? sedih raya hati ini...

cukuplah setakat hari ni..nanti aku post lagi pokok2 yang ade di dusun aku tu...dah ngantuk daaaaaaa...zzzz

2 comments:

Ena said...

Best nyer leh berkebun bagai kan!..

ajnie's said...

mmmm........best...