Monday, November 30, 2009

motivasi pagi

salam, motivasi ini sbenarnya aku dapat dari email, ntah siapa yang hantar; tapi bagus jugak kalau kita sama-sama manfaatkannya yer...

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Wednesday, November 25, 2009

Buku buat beg

Happy sesangat bile buku yang aku order kelmarin dah sampai hari ni...cepat sungguh!!
Buku jepun ni sebenarnyer dah lama aku terliur nk belek. Tup tup dah jadi milik ku..yeeeeehaa. Banyak jugak paten beg yang ditunjukkan.  Walaupun aku tak paham bahasa jepun tapi gambarajah yang ditunjukan dapat membantu aku memahami.  Kalau ikut kan hati ku yang teruja ni hari ni jugak nk buat beg-beg tu..hehehe. Memang aku akan buat sume beg2 tu tapi tak tau bile la..

Sambal belacan

Semalam ntah kenapa fikiran aku melayang-layang dari pagi sampai ke petang.  Al kisahnya selepas balik dari keje aku terus kerjakan ikan dan sayur yang aku beli kat mini market sebelum aku balik rumah petang tu.  Dah siap aku garam kunyitkan ikan selar kuning, aku masak sayur air kobis+suhun.  Next menu dalam kepala otak aku ni ialah sambal belacan. Lepas solat maghrib nanti aku akan goreng ikan terubuk masin pemberian adik aku lak..aku berkira2 dalam hati.  Sebelum solat aku nk siap kan sambal belacan...So aku pun kumpulkan bahan-bahan nk buat sambal ke dalam lesung batu then aku tumbuk, last skali aku perah limau nipis kedalam lesung batu tu, kacau-kacau skit tapi aku terasa semacam je sambal belacan aku tu, aku hidu bau sambal tu, lain je baunyer...tak menyengat langsung kataku dalam hati, pasti suami aku bebel ni klu tak kena buat sambalnyer...aku rasa blank seketika dan sambil berjalan ke luar ke dapur ke luar ke dapur dua, tiga kali baru aku teringatkan sesuatu.....aku melompat, belacan!..aku tak masukkan belacan ke dalam sambal belacan!! hahaahaaha patut la tak bau sambal belacan!! adusss...... Alhamdullilah jam 8 kami mengadap hidangan malam yang simple tapi....emmmph!!

Moral of the story...
1. Sebenarnya aku saja yang tahu kenapa aku terlebih khayal sehari suntuk semalam;
2. Selalunya aku tak pernah lupa belacan homemade mek aku tu, aku tak penah makan belacan lain selain dari belacan mek aku..so special!, yang buat aku lupa belacan kerana...rujuk no 1.

hehehehe...

The Sun Shine

Alhamdulillah kita masih dibumi Allah, Pencipta sekalian alam, Pengampun dan penyayang.

Dah seminggu hujan tidak berhenti-henti, walaupun tidak terlalu lebat tetapi hujan yang sambung menyambung menyebabkan kain di ampaian tak kering-kering sejak weekend lepas. Nasib menyebelahi aku bila petang semalam balik aje dari kerja aku terus sumbat kain kotor dalam washing machine. Pagi tadi dengan kesykuran aku dapat menjemur kain kerana matahari telah menonjolkan diri di awal pagi lagi, panas terik!!  Rupa-rupanya bukan aku saja yang menyedari dan dapat manfaat dari matahari yang bersinar terik tu, semasa menghantar puteri comel aku tu ke Taska rata-rata surirumah tersenyum lebar menyidai kain di ampaian malah hingga ke atas pagar rumah masing-masing, sekali tengok semacam pesta la pulak, kerana pagar-pagar dipenuhi kain yang berwarna warni..hehehehe, bertuah la surirumah yang sentiasa ada kat rumah kerana dapat merebut peluang itu secukup2nya...bagaimana bagi isteri dan ibu-ibu yang berkerja=surirumah yang berkerja?, yang keluar rumah seawal 7.30 pagi? Bagi aku, aku suka buat persediaan lebih awal, walaupun aku tidak pasti tentang apa yang akan berlaku esoknya.  Pengurusan masa amat penting bagi surirumah yang berkerja sepenuh masa, perlu disenaraikan apa yang patut dilakukan supaya masa dapat diuruskan secara optimum dan teratur.  Selamat menguruskan masa......

Monday, November 23, 2009

Buku Ustazah Nor Bahyah

Masa pegi lunch tadi aku 'termasuk' kedai buku hehehe...pantang jupe kedai buku aku ni.  aku berkenan buku Usatazah Bahyah ni, ringkas n padat isi kandungan nye..sebenarnya dah byk buku faddhu ain dalam simpanan aku tapi sb ustazah Bahyah punye pasal aku beli jugak la, minat tol dgn dia ni heheeh, pastu rupa buku dia lak cantik molek je..so aku rembat je. tapi isinye mmg tak mengecewakan, byk ilustrasi dan gambar bagi memudahkan kefahaman kita, diolah dengan bahasa yang senang difahami..heheh promosi la pulak

Mee Hong Kong

Aku ni kempunan nak makan mee Hong Kong sejak minggu lepas lagi tapi malas nk merayau kat Kuantan Parade tu, so aku tangguhkan saja.  Tapi hari ini aku pegi jugak masa lunch tadi.  Dengan semangat berkobar2 dan dengan penuh kelaparan aku sanggup berjalan kaki p Kuantan Parade bagi menikmati kelazatan Mee Hong Kong yang selalu aku jamu tu.  Rupa mee Hong Kong dah terbayang2 masa aku berjalan kaki tadi. Bile sampai je Food Court kat Kuantan Parade tu aku tak berlengah lagi terus tuju ke stall yang biasa aku order Mee Hong Kong aku tu...aku order la Mee Hong Kong...




Ni la rupa Mee Hong Kong yang aku order tu...nak meraung pun ade, mee hong kong dah jadi telur dada hong kong!!! Tukang masak tu bukan tukang masak biasa yang aku nampak, dio main tibai je mee hong kong aku tu...hwaaaaaa hwaaaaaa sedih pun ade nk marah memang la, terbakar rasa nengok muka selamba akak tu, klu tak reti cakap tak reti, jangan menghampakan orang!!  Ade ke dio goreng mee tu dlm telur dada kemudian taruk kuah cam tu je!! tu la hasil nyer...nampak cam telur dada kan...tapi kerana lapar n jauh berjalan aku suap jugak ke mulut  3 4 sudu...siapa yang bersalah!!! Gerammmmmmmmm...




Brooch raya

Minggu lepas aku beli 3 pasang brooch untuk raya ni, bkn nk show off ape yang aku beli tapi nk bagitau kekawan bahawa senye rega dio teramat la murah...RM15 untuk 3 pasang tu, klu kat tempat lain rega sepasang tu dlm RM10-Rm15 jugak la. Tokey tu jual harga borang nyer sbb dia ajak aku joint skli business brooch..hahahaha..

cantik kan..angsa tu paling cute..

Wednesday, November 18, 2009

Bad boy vs Good girl

Tengah nengok gambar2 raya lepas aku pecah perut mengenangkan telatah anak sedara aku yang sorang nih..nazrin, seusia puteri comel aku tu. Nazrin kuar 7@8 hari lebih awal dari KA(khadijah Anisa), ikut tingkap ummie dia sbb besau dlm perut daaa.... mmg nakal tol, raya lepas dia jadi genster in the house, my girl berlagak sopan je sepanjang masa hari raya tu..tak melawan bile nazrin buat jahat kat dia.hehehe ..mungkin gak nazrin geram tgk budak baik tu sapa dio gigit pipi KA!! mentang2 la gigi dio penuh...abis org dia nk gigit!!

ini dia nazrin bad boy..berbaju hijau tu, tunggu nk gigit la tu..

emmmm...nk cari peluang tu

yang baju melayu hitam tu hazwan, anak sepupu..ganas jugak!!!

suke tol negok gelagat budak-budak keceik-kecik ni, macam2 peel..

sewing box

Ni la rupa sewing box aku,jarang sangat sew box ni well arrange barang2 nye, most of the time bersepah jugak cam sebelum ade sewning box ni, klu susun cantik-cantik aku tak jumpe cari barang2 nye..heheh. sewing box ni adik aku yang tulung belikan.  Selain dari cantik dan sewing box ni juga sebagi organizer, byk benda buleh susun dlm box ni, senang dibawak p mana2, espically g kelas jahitan..

Tuesday, November 17, 2009

baju KA lagi..

Semalam aku sempat lagi siapkan sehelai baju KA, kiranye ni projek bidang terjun jugak, entah camner aku dapat ilham menjahit baju sebegini tanpa belajar..cam bomoh dapat ilham la pulak rasanyer.....heheheh, yer la tak mimpi tak ape..tup tup siap cantik baju puteri aku ni..aku guna benang getah buat kedut-kedut atas dada tu. Aku tibai je jahit tanpa test mane-mane kain perca. Masa start jahit tu aku berkata dalam hati.."jadi tak jadi lantak la..klu tak jadi aku buang je kain ni!!", tapi tanpa di duga teknik jahitan aku tu menjadi dan ni la hasil nya...aku guna kain cotton jepun yang lebih jahit dress dia minggu lepas..


suke sgt bile menjadi cantik baju tu, ni buat aku bertambah bersemangat nk menjahit.

Gambar kat bawah ni close up utk jahitan benang getah kat dada tu.



kalau ade sesiap nk tip jahitan benang getah ni leh la tanya aku....tau la skit-skit.


Monday, November 16, 2009

Kurung baby Rose

Ni pulak baju baby Rose. Baju kurung chiffon & kain susun satin ni ditempah rabu lepas. hari jumaat tu aku dah siap jahit dah..kejap je buat baju budak kecik ni..harap-harap dia suke..hehehe.


lawa tak? ada sesiapa berkenan?

Baju baru khadijah Anisa

Weekend lepas aku dan juga siap kan baju Khadijah Anisa,diperbuat dar cotton jepun yang aku beli minggu sudah, ni 1st time aku jahit dress budak tapi alhamdulilah menjadi jugak. Aku cuma copy patten baju kiko si kenit tu tapi aku ubah skit design dan kemasan dengan letakkan lace jepun di bahagian bawah baju. Nampak simple tapi cantik kan kan kan...

ni dia rupa dress Khadijah Anisa


susah tol nk suh dia bergaya model..tok penah duk diam!!


terjun kerusi la pulok..isk isk..tak makan saman!!

Alahai...puteri ibu ni tak buleh jadi model la, tak paham bahasa, ibu suruh dia berdiri dia duduk, dah la kamera enset aku ni blur semacam je. apa pun baju tu mmg cantik(buat sediri puji sendiri r). kalau ada sesiapa berkenan dan nak menempahnya sila la hubungi aku dengan sms, call, ym atau email seperti yang tertera di kepala blog nih..



buku quilt



Weekend lepas aku mengemas bilik jahitan selaku bilik study, terjumpa la buku quilt yang dah berhabuk ni. aku beli buku ni 2 tahun lepas..masa tu tgh datang minta nak buat quilt membuak-buak tapi tak de tok guru nk mengajarnye so aku bendamkan saja niat aku tu bersama buku ni sekali terbenam di rak buku..skg aku dah ade guide nk buat sume nih dan skg aku tengah kumpul material nk buat simple quilt, peralatan sume dah cukup cuma aku tunggu batting yang aku order kat kedai epal, dijangka sampai rabu ni, jarum peniti quilt pun dah aku order ngan zila minggu lepas., so sume dah cukup nampaknya, cuma tinggal satu saja halangan-masa!! skg aku tengah sibuk siapkan tempahan baju kurung dari kenalan, banyak tu tak la tapi sehari weekend aku tu terpaksa aku korbankan untuk menjahit..

Friday, November 13, 2009

Lagi-lagi buku..buku quilt

Salam.
Ni buku yang aku order dgn zilakassim, baru sampai pagi tadi. Buku patchwork ni ajar kita teknik nk cantum patchwork..bertambah lagi koleksi buku quilt aku..aku rasa ni buku last tahun ni aku beli kot..heheheh, yer ke? tunggu je lah..


Thursday, November 12, 2009

buku lagi...

Sulaman, satu lagi aku punyer interest, suke tengok corak yang pelbagai, walau pun sekarang ni ramai yang guna mesin buat sulam, tapi sebagai isteri & ibu melayu terakhir(hahaha)...aku rasa perlu belajar buat sulam tangan ni. Just want to share my sewing book collections..i bought these book few months ago, tapi satu paten sulam pun aku tak try lagi, but i have passion to do it...one day hopefully..heheh





buku-buku ni ajar byk paten atau corak langkah demi langkah..memang senang untuk diikuti bagi beginner cam aku ni..

Wednesday, November 11, 2009

Japan cotton...


Masa aku p lunch tadi singgah kedai kain, dah byk kali aku masuk kedai ni dan belek kain cotton jepun nih, at last hari ni aku beli gak..nk buat baju untuk anak dara aku tu..sempat ke tak siap raya nih.?!!

Tuesday, November 10, 2009

Art work..

Ni artwork ciput aku yang dah berbulan2 aku buat tapi baru aku siapkan baru2 ni..itu sebenarnye tin coklat, sayang nk buang so aku come out ngan idea ni, aku letak aksesori skit, letak bunga skit...taraaaaaaa..jadila jewellelry box..nk letak benang dan jarum pun bleh...cantik tak. ade sesiape berkenan?..

Congratulations..welcome to the world babe!!

Aku dah hampir terlupa nk ucap tahniah buat best pren aku Pn Anis kerana melahirkan anak perempuan ke 4 yang bernama NIK AMIENA 26 hari lepas...kat bawah ni gambar baby girl nye..



puang pulok mung beranok mek anis wei!! tahun depang mu kena beranok jate pulok la..hehehehe..

Pastu aku jugak nk ucapkan selamat kelahiran jugak buat SITI,  sepupu aku pada isnin lepas. Anak sulung,Terkejut badak aku bile tahu berat anak dio 3.98kg!! patut la kena bedah, sib baik selamat sume nyer..alhamdulilah. Apa-apa pun kau layan la pantang selama 60 hari tu ek...ke lebih?!!

ikut muka sape la ni...besau camnih!! hehehe


sume gambar baby ni tutup mata...camner kau orang amik gambar nih? amik la masa dio tgh senyum ke...apa daaa...org nk tgk mata dia..

Alahaiiiiii...ni  si kenit ni nak tumpang sekali la pulak...tak pe la dio baby gak..hehehe..ni anak aku la yang come lotee ni cam ibu dia..layan la...


    cam anak jepun je...


    shuffle ke tarian kuda kepang nih...



    anak dara ibu....comel nyer(sapa lagi nk puji anak ibu nih..) hehehe



    gambar masa raya lepas...

Over la pulak si kenit ibu ni...gambar dia je..tak pe la anak ibu kan..

Buku quilt

Buku quilt yang aku order minggu lepas dah sampai...byk jugak paten quilt style jepun yang ditunjukan spt beg,geisha doll, lapik pinggan, purse dan lain2...semoga ade la masa aku nk buat nanti..

Gunting baru...

Weekend lepas aku tersangkut kat gunting silver plated gold nih kat kedai Inai Mr Kong tu, dio bagi diskaun RM10, apa lagi aku pun rembat je la,  rege sebenar RM60.

beg

salam...


Ni dio beg aku aku belajar ngan zila kat kemaman hari tu. cantik kannnnnn......., skg aku tgh usahakan satu lagi beg, ntah bile bleh siap tu..






sesiapa yang nk tempah beg buleh la tempah sekarang! bunga tu tak jual ek..hehehe.

Sunday, November 8, 2009

koleksi gadjet jahitan

Ni dia koleksi mesin jahit dan peralatan asas jahitan yang aku ade...cucila mata ek..
ni mesin jahit pertama aku..beli 2 tahun lepas.singer.aku kasi dia nama Puteh, sbb dio puteh..


ni mesin jahit ke 2, aku beli yang terpakai..brand ralleigh. dah berkarat pun tapi kelass and bunyi dio manja je....aku namakan dia Itam, sbb...ape lagi sbb dio kaler hitam la...kadang2 Itam ni merajuk gak, buat hal, tapi bile dah antar service dah ok semula..

Thursday, November 5, 2009

belajar jait beg

Pada 1 Nov lepas aku semapat belajar jait tudung dan beg ngan zila kat kemaman..lupe lak nk bawak gambar beg & tudung tu..nanti aku post lain kali la ek..eeeeee naper la aku malas sgt nk update blog nii..sebenar nye aku rasa blog aku nih cam tak menarik langsung..nanti aku nk make up skit..nk kena menuntut ilmu blog nih..