Tuesday, June 29, 2010

Rintangan, cabaran, harapan menuju puncak

Sudah berapa minggu sy tak kunjung belog sy ni, dah jauh ketinggalan berbanding ngan kekawan lain yg semakin produktif dan kreatif.  Frankly i memamg jeles dgn kekawan yg boleh tercongok mengadap mesin jait dan menghasilkan produk jahitan yang comel2 dan berkualiti. Sy jugak ingin menjadi spt mereka! Ingin jugak tahu camner mereka ni buleh bagikan masa bersama anak2, kerja dan menjait dalam masa yg sama? Dia org diberi masa lebih panjang dari sy kah?atau sy sememangnya lemah dlm menguruskan masa sy sendiri. atau sy tidak boleh langsung berkorban masa2 tido sy dan masa bersama suami n anak? entah lah..byak kemungkinan yg menjadi alasan sy---bkn kemungkinan, tp mmg dah menjadi alasan kenapa sy tidak boleh berkompromi pasal masa bersama 2 insan yang sy sayang tu..utk mengadap mesin jait...lemah semangat rasa!

Dan selagi bergelar manusia sy mmg insan yg lemah! Terlalu banyak sy nk buat tp sakan jugak alasan sy cipat supaya sy menangguhkan benda yg nk dibuat tu, dan spt selalu sy salahkan masa! Masa terlalu pantas berlalu, takde masa, tak cukup masa...dan mcm2 lagi la kannnn...apa2 pun sy harap slowly dapat lupuskan alasan2 tu demi cita2 n harapan sy...ok.

so, sepanjang masa yg berlalu tu sy ade jugak melakukan aktviti jait menjahit tp tak sempat nk update kat belog pun. hari ni pun sy hanya menulis n sembang2 kosong je sbb dah ade masa terluang ni kannn..ape lagi amik kesempatan la. sambil2 tu saya sedang merancang untuk lebih maju dalam apa yg saya ceburkan diri ini. harap2 ianya menjadi kenyataan dengan Izin Nya.

salam hormat.

Tuesday, June 15, 2010

kelas sulam...la pulak!!


Sejak ptg ahad lagi sy nk cite pasal kelas sulam yg sy attend ni tp kerna byk hal dah tak larat nk mengarang. Hari ni baru ade ruang nk becerita. so kelas sulam! sejak tahun lepas sy duk search kelas sulam kt ktn ni tapi tak jumpe2. at last awal bln 5 hari tu sy terjumpa kertas iklan kecik pasal kelas kraft yg di anjurkan oleh belia. Tapi sy peram je iklan tu dlm handbeg sy sehingga la minggu lepas tergerak hati nk call bertanyakan kelas tu, rupe nya masih ade peluang lagi, masih ade kekosongan! sy pun tak buang masa terus g daftarkan diri hari tu jugak dan hari tu jugak sy p beli peralatatan yg diperlukan.
so ahad lps bermula lah kelas sulam sy dengan kelam kabut(mmg kelakar memulanya), sy tertinggal benang sulam! terpaksa bekejar ke kedai brg jahit lak (walhal benang sulam kat rumah dah berlambak tp mls nk balik amik!!),dgn napas tercungap2 sy start kelas sulam sy...mula2 belajar buat jahit z je...(dlm hati i berkata-alah camni takyah belajar pun tak pe!!), cikgu suh sy buat jait z tu 2 round!.Dah lepas pelajaran pertama,dia ajar lak buat corak bulat2..hahaha...tang ni la sy berpeluh n baru i realise sbb ape dia suh i jait z tu je 2 round!!mmmmmm...semasa buat bulat2 tu la pelajaran sebenarnya sy kena belajar-iaitu kecekapan menggunakan tapak kaki n paha/lutut untk mencorakkan sesuatu...utk makluman ni mesin high speed yer!
so selama 2 jam sy di kelas sulam tu, ini la hasilnyer!:



ni pelajaran pertama: jahitan z je, benang dia renggan2..


pelajaran kedua: jahitan rapat2


jahitan ketiga:corak bulat2,yg 1st tu cikgu i buat okay-tu nampak cantik je cam rantai..tg la corak sy buat jadi tali air!!(takpe baru belajar!)


haa ni sy buat sume...dah nampak perkembangan kan!



dah cukup 2 jam sy rasa cam tak nak balik sbb teruja guna mesin sulam tu..tp cikgu kata dahh leh balik!

mmmmm...tak sabar nk tunggu next class!

Saturday, June 12, 2010

Sulam & apron

Pagi tadi sempat buat towel sulam untuk pengantin baru Azlina dan Jamal. Selamat pengantin baru kpd Azlina dan Jamal, semoga berbahagian dan kekal selamanya.




Malam kemarin sy juga telah merajinkan diri utk stay up sampai mlm nk siapkan apron ni,sy cuma copy apron yg sedia ada. dah seminggu sy trpikir nk buat apron baru ni sbb apron lama tu boleh dikatakan dah uzur kerna dah berumur 5 tahun! sy duk pakai yg tu jee sbb rasa selesa wlu pun dah beli yg baru tp tak best...so sy copy je lah.....





sy serikan lagi dengan sulam cup kek!

sampai disini...enyoy weekend! bai bai.............

Friday, June 11, 2010

RMK-10

Salam pagi Jumaat, semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah.

Sepeti yg kekwang tgk tajuk di atas tu, sy merasa terpanggil untuk merumuskan RMK-10 yg di gagaskan oleh PM kita semalam.seperti kita sedia maklum PM telah mengumumkan sebanyan RM230 billion peruntukkan utk RMK-10 ini, ia merangkumi 10 perkara yg disenaraikan yg akan memacu kehidupan kita sbg rakyat Malayisa ke arah kecemerlangan dari segi ekonomi, sosial dan politik.  Tidak boleh tidak ketiga-tiga bidang(ekonomi, sosial n politik) ini adalah kembar 3 yang tidak boleh dipisahkan dan ia berkait rapat antara satu sama lain.  Semalam PM byk menegaskan 1Malaysia akan membawa kepada kecemerlangan ketiga2 elemen itu, pokok pangkal nya KERJASAMA dalam apa jua yg kita lakukan.  Kerana itu lah 10 gagasan yg dibentagkan banyak elemen2 KERJASAMA. 10 gagasan itu juga saling berkait antara satu sama lain.  Apa yg menarik pada saya dalam 10 gagasan itu ialah PM menjayakan produktiviti dan inovasi, kerajaan akan menyokong dan membantu produk dan inovasi tempatan yang akan mendorong rakyat lebih berusaha memajukan diri  dalam bidang memasing dan jika semua rakyat meyahut cabaran tersebut dan menjadikannya satu platform dalam kehidupan saya jamin rakyat Malaysia akan bertambah maju seiring dengan keutuhan modal insan yang unggul, dan menjadikan kita lebih kuat menghadapi isu dunia global yang kini sukar diramal.
Dibawah ini sy senaraikan 10 gagasan atau objektif RMK-10 tersebut untuk direnungkan dan aplikasikan dalam kehidupan kita seharian-kerana ini bukan hanya tanggunjawab org2 politik yang mengubal RMK-10 tapi tanggunjawab kita sebagai rakyat Malayisa dan khalifah di bumi Allah ini. renung2kan:

1. Memancu ekonomi domestik dgn keperkaan persekitaran luar negare;
2. memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sbg satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
3. Mentranformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menersi pengkhususan;
4. Menjayakanperumbuhan yg dipacu oleh produktiviti dan inovasi;
5. Memastikan peluang saksama dan  melindungi golongan mudah terjejas;
6. memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
7. Pertubuhan bertumpu dan pembangunan inklusif;
8. Penyokong perkongsian pintar;
9. Menghargai Khazanah alam sekitar;
10. Kerajaan umpama syrikat yg berdaya saing.

SUMBER:Harian Metro

Sama2 la kita menghayati dan merealisasikan RMK-10 dengan memajukan dan melengkapkan diri dengan apa jua ilmu yg mampu kita pelajari dan titipkan azam utk memajukan diri kita setiap hari bila bangun pagi. Insyallah.

Wednesday, June 9, 2010

Tudung made by me!!



Bukan pertama kali menjahit tudung sediri, malah sy memang berguru dengan zilakassim tahun lepas tapi tidak ada keyakinan untuk menjahitnya sendiri. Tapi bulan lepas saya refresh balik ilmu jahit tudung ni dengan adik saya ajnie yg dah serius menjahit tudung sekarang ni. Usaha saya tak sia2 bila saya dah berjaya menjahit 4 helai tudung sendiri dan saya berpuas hati sgt(puji sdiri la sbb hanya sy yg merasa n melihat!!) dengan jahitan saya.  sy juga berjaya mengubahsuai patten tudung dan awning mengikut kesesuaian dan kesukaan sy! yahooooo lepas siap jahit tudung tu saya melompat sorang2 dan yg paling kelakar malam tadi saya bermimpi menjahit tudung yang cantik2 belaka!!aiyaaaa....parah tol saaya nih kann........so tengok la kebanggan saya hari ni..



tudung light purple ni saya jahit 2 helai-singkat n labuh skit.sy jahit weekend lps.


tudung maroon ni sy jahit mlm tadi, pg ni sy dah pakai ke opis...heheheh,suke sgt!


pinky ni lum dijahit tepinya lagi tapi tak sabar nk menunjuk!!kui kui kui...
pink ni paling best, sbb sy dah ubah paten awning dan bahagian depan tudung mengikut citarasa sy.
dan menjadi spt yg saya inginkan! sy akan jahit sehelai lagi kaler pin sbb ni mmg favourite colour sy.

Klu kekawan nk tahu camner saya rasa bile pakai tudung jahit sendiri anda cuba la buat sendiri dan pakai sendiri! heehheeheh

Sunday, June 6, 2010

wall decoration-on weekend.


Musim cuti sekolah dah bermula! Tapi cuti sekolah tak memberi kesan terhadap aktiviti dan kehidupan saya sbg ibu dan isteri..........pertama: kerana sy tidak ada anak yg bersekolah(walhal anak sorang jeee..hehhehe)! , kedua: My housemate busy memanjang, mengalahkan YB!-dulu kerja makan gaji rasanya outstaion kerap jugak tp bile keje sendiri ni makin kerap n kerap n kerap= 3x ganda kerapnya!,hari minggu pun kena kerja juga! so kemarin saya dan sekenit comel ni buat aktiviti sendiri2 di rumah-menghias dinding! sungguh seronok KA bile dah jadi siap sume dan dia melompat2 sambil kata ''tik?'', '' tik?'', '' tik?'' -(cantik la tu!!)...wall decoration ni adalah cara terbaru dan termurah untuk mengias dinding kat rumah, ade bermacam2 corak dan gambar dipasaran, gambar upin & ipin pun ade!! so layan lah gambar2 ni;


bilik KA-bunga matahari dan dan rama2


ruang makan-tak nampak jelas sbb lampu malap, motif bunga dlm pasu


antara bunga yg dizoomkanm masih tak jelas mungkin cat dinding tu yg hampir sama dgn warna pasu!
tapi deko ni menceriakan ruang mkn sy yg kosong selain jam dan frame 'bismillah' tu.


tangga kedapur pun menjadi mangsa wall deco, bagi menambahkan keceria di ruang menonton tv sikenit bila sy memasak dan menjahit, she like it!


pasti ada yg ketawa klu tahu harga sekeping wall deco ni...ada yg sesuai dibuat border wallpaper!! dan kini saya menggunakan wall deco ni sbg wallpaper border dinding ruang tamu saya!!, ketawa la sepuas hati tapi sy rasa ianya cantik sementara sy mampu menepek wall paper kat dinding rumah sy-(dlm perancangan mengusahakan mengadakan bajet utk itu)


zooming..motif bunga mmg kegemaran sy!

aktiviti make-over dinding ini mmg menyeronokan disamping harganya yg murah, ia dapat mengembalikan mood kita bosan di rumah lagi pun ia menceriakan suasana rumah! saya jamin anda mampu menukar hiasan dinding rumah ni sebulan sekali mengikut citarasa anda klu sudah bosan! dan yg paling menyeronokan our kids-boleh biarkan mereka pilih hiasan yg dia suka-ada bermacam2 gambar yg sesuai utk bilik tido kanak2...

selamat mencuba!!


Wednesday, June 2, 2010

kosmetik Pouch

Mlm tadi sempat menbuat kosmetik pouch rekaan sendiri-easy, simple dan cute- sapa lagi nk puji kann!!
tapi sah2 org dah boring tgk corak kain ni kat belog saya ni,apa pun ni je yg menarik hati saya skg ni-vantage! selamat melayan 3 gambar ni .......



cute kan?! hahaha puji sokmo!-1st time i ade kosmetik pouch sbb bkn byk sgt pun alat make-up i cuma lipstik & bedak kompak je.



view tepi



bontot pouch!

Sy harap lepas ni sy lebih rajin menjahit-skg sy sungguh leka membuang masa terlentang di depan tv sbb terasa terlalu letih bile pulang dari kantor! satu lagi alasan saya tak nak jait sbb si kenit yg comel tu-jadi pengacau bila sy nk menjahit.itu saja dah cukup buat saya terlentang dpn tv bersama2nya-lebih baik!!

p/s: skg sy tengah mengusahakan buat curtain utk bilik tido si kenit tu, skg dah siap utk day curtain sahaja, nati dah siap sumenya baru sy post yaa!-(cam la aade org tertunggu nk nengok post i tu kannn!!!), takpe okey...


selamat malam., daaaaaa....