Saturday, December 20, 2014

MINI TRAVEL LOG-HO CI MIN 03-6hb Disember 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Dalam post yg lepas sy berjanji dan berhajat untuk belanja entry Trip ke Ho Chi Min.  Trip bagi sy amat menyeronokkan kerana kat sana syurga kain utk gila kain cam saya. saya ke Ho chi min secara persendirian tanpa Travel agensi kerana bila dikira2 jauh lebih rendah dari dengan agen saya bole jimat 50%!.

Tak pandai nk ulas camner trip tu. Tapi walaupn pergi tanpa guide dan pengalaman ke sana tapi Alhamdulillah Allah menyenangkan urusan saya.  Namun saya sudah menyediakan senarai nama dan contact number orang yang patut saya cari atau hubungi kalau memerlukan, senarai nama dan contact itu diberi rakan yang pernah dan biasa ke sana sebelum ini.  Tetapi saya tidak menggunakan talian hayat yg diberi, kerana tidak mahu menyusahkan atau menggangu rutin orang berkenaan. lagi pula saya tidak mengalami masalah langsung untk berkomunikasi atau mencari destinasi yang ingin saya tujui kerana sume nya dalam senarai!  sebelum ke sana saya telah membuat research dn servey online dan juga bertanyakan rakan yg pernah ke sana.

Tanggal 3hb Disember kami bertolak.Saya sengaja mengambil flight seawal jam 8.15pg dari KLIA2,kerana bimbang tak sempat melawati tempat-tempat menarik di Ho Chi Min. Klo boleh kami tak nk melepaskan satu pn tempat menarik yg harus dilawati disana!.  Penerbangan selama 1 jam 45minit.  Dipendekkan cerita kami sampai di hotel jam 10.15 pagi lebi kurang tapi harus menunggu jam 12t/hari utk Check IN. Tanpa membuang masa kami meninggalkan bagasi di hotel dan terus menuju ke pasar Ben Tanh yang hanya 5minit berjalan kaki dari Hotel kami. kami guna kan kesempatan ni utk ,menerokai pasar Ben Than yang sangaatttttttttt besar tu yg penuh dengan fabrik dan barangan kraf

Selain pasar Ben Tanh yg saya ulang alik tiap hari dari hotel selama 4 hari kat sana kami jgk ikuti trip Mekong Cruise, Floating Market, Chu chu tunnel yg agak jauh dari Ho Chi Min yg mengambil masa perjalanan 2jam yg amat mencabar. Lawatan dalam bandar HO Chi Min seperti  Muzium Perang, Muzium Art, Binh Tay-pasar borong kain yg besar (daerah 6 Ho Chi Min), bangunan bersejarah yg banyak di Ho Chi Min.


Pasar Ben Tanh di waktu malam, sentiasa  sibuk seawal 5.30pagi dan mulai jam 6.00ptg pasar malam disekitar pasar ini setiap hari. sesiapa yang pandai tawar menawar akan mendapat harga yang terbaik.

Hotel penginapan kami yg sy book melalui Agoda, sangat selesa, bersih dan puashati dengan serviesnya. saya menempahnye melalui Agoda serendah RM70, takan dapat hotel seselesa ini di malaysia dengan harga tu.

Cruise Mekong River, boatnye jugak bersih dan selesa diberi percuma air kelapa sebiji sorang

kami singgah banyak perkampungan disepjg sg mekong dan meraka ada industri kampung tersendiri setiap kg. ini adalah pembuatan coklat kelapa disebuah kampung pertama yg kami singgah.setiap kampung menghasilkan produk kraf yg berasaskan semulajadi dan bahan terpakai cth nya spt kraf dr sabut kelapa hingga ke tempurng kelapa dijadikan bahan kraf. dan isi kelapa pula dijadikan coklat.

di kampung yg lain , dorang turun temurun bepuluh generasi telah membiak lebah utk mendapatkan madu dan menjadikan industri.

terdapat banyak restoran halal dan masakan melayu sekitar hotel dan jalan ini dikenali sbg jalan melayu kerana kebanyakan mereka bole bertutur bahasa melayu dan ada jugak rakyat malaysia yang membuka perniagaan fabrik dan juga restoran spt Datuk Hail Amir(artis) yg membuka restoran di sana(sy pn tak pasti betol ke tidak, sy cuma dpt info dari pelawat2 yg lain yag sempat kami bertegur sapa kat sana) sy cuma tiap hari akan mkn di restoran Aisyah dan hanya mkn masakn panas dan masakannya bole tahan.. seumpama dia malasyia tp agak mahal sedikit iaitu dalam RM15 nasi goreng ikan masin. Dimasak chef yg berlajar dan berkerja di malaysia selama 7tahun mengikut pelayan disitu bila saya bertanyakan tentang tukang masaknya.

Disalah satu kg kami menaiki kereta kuda setelah turun dr boat utk ke kg yg lain

salah satu kampung ada menjalankan industri jahitan, yg menarik minat saya sgt2, sempat sy belajar utk membuat bag dan rugs kaki dari mereka dan sy sempat tawar menawar membeli rugs kaki yg cantik hanya RM15 dari harga RM20

suasana sekitar hotel diwaktu mlm, meriah!

Hari Kedua kami melawat dan meneroki seluruh Ho Chi Min dengan beca dan motosikal tambang. Trafik nye sgt sesak dgn motosikal, mencabar dan menyeronokkan

pandangan pasar Ben Tanh waktu pagi, disana jam 6.00 pagi sudah terang seakan2 jam 8.oo pg di malaysia

Antara hasil yg impress sy iaitu Lacquer ware art, kami sempat melawat kilang membuat Lacqure art ni ketika perjalanan ke Mekong, seni yg berasaskan kayu dilukis secara kolaj kemudian disaluti bahan kimia, proses ini mengambil masa 4minggu utk disiapkan setiap satu kerana dibuat secara handmade, ia kan melayu peroses mematikan kayu yg telah dipotong yg direndam dan dibakar seakan2 arang kemudian baru di cat dilukis dan di salut bhn kimia, sy sempat menyambar kotak jewellery sebagai kenangan.

mendayung ke hilir kg dengan perahu kecil, tambang nye termasuk dlm pakej mekong cruise sebanyak RM64 sahaja seorang, sy rasa sy mendapat harga yg murah utk mekong cruise ini dengan bantuan pekerja hotel, sedangkan orang lain dikatakan membayar RM80 seorang!!

lagi hasil tangan penduduk kampung disepanjang sg mekong.


itu saja catatan sy, tak pandai untuk berkata-kata cuma sy bole kata saya akan datang lagi untuk semata2 bersoping, mungkin sendirian pula.satu hari satu malam pn cukup lah biarkan saya di dalam pasar Ben Tanh sendirian!! i love Ho chi min shoping dengan harga yang murah. Dalam keterjuaan melihat kain saya tak sempat untuk snap gambar timbunan kain-kain yg ada di pasar ben tanh, walaupn sy rasa ada mengambil gambar tp entah kemana menghilang!!

Berjumpa lg dengn hasil tangan saya pula nanti... byeeeee


Sunday, November 30, 2014

handmade & custom-made item

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Come back dengan hasil jahitan yang tak seberapa, betapa susah untuk konsistan berblog hasil jahitan di cottage kecil ni. mungkin sudah ramai tengok gambar2 ni di Instragram dan Facebook, maka nk kata basi pn katalah kannn.. yg tak penah tgk sila teruja ye..hihihi gurau je eh.. sila la masuk rumah tak kunci..


pencil case

pot holder

baby diaper bag



inside compartments diaper bag

another diaper bag and baby toiletries bag


tudung halfmoon-beading


baby diaper bag ,tote bag style and pouch for toiletries

coins pouch, make-up pouch dan phone case 

1st time guna metal chain ni yg dibeli beberapa tahun lepas

vip yang dah bertahun2 diperam, akhirnya siap jgk


sewing kit purse, hadiah utk teman



makeup pouch and coins pouch, fabrik nye disukai ramai. 3 pouch diorder pelanggan berlainan

readymade tote bag dari designer cotton

pencil case, baru siap petang tadi.

Harap ini bukan post terakhir untuk tahun 2014 ni, esk dah masuk Disember, ada 31 hari lagi untuk berblog.

Insyallah balik dari Ho Chi Min nanti saya akan update kain2 yang cantik2.. TQ u olls..



Tuesday, September 23, 2014

BEG & QUILT

Assalamualaikum

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana memberi segala kesenangan dan mempermudahkan segala urusan harian kita.  Diharap rakan-rakan diluar sana yang menerima musibah dan masalah tidak cepat berputus asa untuk mencari jalan penyelesaiannya, selain itu kita sebagai hamba Allah harus redha jika penyelesaian itu tidak berpihak kepada kita.  Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.  KATA KUNCI hanyalah SABAR!! 

Okey...biarkan kesabaran itu hidup dalam diri kita, tingkatkan kesabaran setiap hari, tabahkan hati hadapi segala kesukaran. Sekarang mari kita tengok hasil kerja tangan saya sepanjang 2 minggu yang lepas.  Saya dapat banyak peluang untuk meremit sejak akhir-akhir ini, ini dikatakan rezeki! Biar pn dah basi dek dipost di FB dan instagram tapi saya percaya di sini saya ade peminat tersendiri, ini tebukti setiap kali saya membuat posting saya menerima kiriman sms dan wassup bertanyakan tentang apa yang saya buat. Mungkin mereka ini lebih suka membaca blog dari menghabiskan masa dengan aplikasi sosial yang lain... mungkin..


zipper tote beg



tali beg saya menggunakan cotton webbing dari US
sesape yang berminat untuk mendapatkannye bole beli di kedai jahit handmade cottage
 Ykk zip with puller jugak ada dijual disana ye dengan pelbagai size

purse/wristlet 




top quilt untuk blanket- 9" block

untuk mendapatkan fabric menarik bolehlah ke clik kat link kat bawah ye

square block bersize lebih kurang 5" sebelum dicantum empat menjadi 9" block besar diatas.

sungguh pun hanya simple top quilt tapi saya puashati kerana saya sukakan warna-warna fabric designer cotton ini, kebanyakannya dari  Michael Miller dan Robert Kaufman.

Sekian terima kasih, 
sehingga ketemu lagi dillain masa, sudi-sudikan lah jenguk fan page saya ni ye-------->fb handmadecottage 

Love for all


Saturday, September 13, 2014

BOXY POUCH & VANTAGE STYLE COVER NOTE II

Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia

Jam menunjukkan jam 7.20 pagi sekarang ini.  woww...awalnye!! Adalah tidak normal jika saya menulis blog di pagi hari dihujung minggu begini, tekak pulak terasa sakit dan pedih....  Entah mengapa selepas bangun pagi jam 6.00 pagi tadi, selepas selesai solat subuh saya tertiba teringatkan blog buruk saya ini.  Lantas, selepas doa terakhir saya terus bangun menuju ke dapur untuk mencari sesuatu yang bole melegakan tekak ini.  tidak perlu berfikir panjang saya hanya teringatkan madu ashifa...semoga sesudu madu dan segelas air suam dapat melegakan tekak sy ni.  Dalam Al Quran pn ade sebut madu adalah ubat segala penyakit, dengan izin Allah jugak.

OK lupakan tekak yang sakit..mari kita lihat apa hasil yang boleh saya tunjukan hari ini.  Hasil ni daa agak basi jugak sebab saya dah post ke FB dan IG di hari2 yang sudah..tp takpe lah sekadar untuk mengisi kekosongan blog saya ini...harap ada yang sudi mengharagi dan menilai hasil tak seberapa ini..

Asalnya nak buat make up pouch tapi nampak cam pencil case la pulak.... boxy pouch in da house!




aksesori : glass bead for puller zipp


vantage cover note ii
material: japanese cotton with lace

Sebenarnya apa yang membuatkan saya rajin sangat menuli sblog di pagi hujung minggu begini? tak usah susah2 nk pikir lah... tunggu next post kalau ada jodoh kita bersua lagi di sini.

bai bai...nk turun ke dapur pulak cam teringin nk makan nasi lemak sendiri!

Jangan lupe mengunjungi kedai jahitan handmade cottage untuk membeli barangan keperluan jahitan dan kraf yang awesome... hihihihi.

Thursday, September 11, 2014

MINI TOTE BEG

Assalamualaikum

Secebis hasil 2 minggu lepas adalah mini tote beg berzip dan berbatting!!. sekadar untuk melepaskan gian untuk merempit!  Kebetulan Encik Suami berkerja ke luar daerah untuk 2 minggu, jadi ada banyak  masa terluang untuk merempit, sambil melayan Princess Kenik tu....

Happy viewing..




Hasil tak seberapa...will be improve on conseal top zipper tu lg..

Sesiapa yang memerlukan tools dan dan gadjet jait yang meletop sila pergi ke page handmade cottage . Saya menjual pelbagai gadjet and tools yang berkualiti dari Jepun dan Taiwan. Untuk mendapatkan hasil craft dan jahitan yang menarik tools and gadjet yang lengkap jugak memainkan peranan besar. Lepas cuci mata jangan lupa LIKE page handmade cottage ye.. thank you in advance!!

Kalau anda peminat tega fabric, terutamanya US Designer Cotton sila tengok album US DESIGNER COTTON ye.. you all boleh wassup dan PM ke page yep..

sehingga ketemu lagi..bye2



Friday, August 29, 2014

MANA PERGI SEMANGAT YANG HILANG?....

Assalamualikum dan salam sejahtera
Sedih bila mengenangkan blog buruk saya ini yang kini terbiar sepi...kita hanya merancang tapi Allah juga penentu segala perancangan.  Bertapa kita hanyalah insan kerdil di bumi milik Allah ini.

Sekian lama tidak berkunjung ke blog sehingga lupa kata laluan log in!! setalah lama mencuba baru lega dapat memasuki alam maya bidang yang saya minati ini-jahitan.  jiwa seringkali meronta-ronta untuk mengadap lappy dan menulis berkongsi kegiatan jahitan dan kraf ini. Tapi bila minat telah menjadi bisnes begini lah jadinya...masa untuk berkarya dan berkreatif pun sangat terhad, apatah lagi saya masih setia berkhidmat untuk majikan saya!!

Terasa lega bila sesekali dapat melepaskan gian untuk menjahit apa saja yang terlintas..















Sebahagian hasil jahitan dan sulaman yang tak seberapa...

Sememangnye tajuk post takde kene mengena dgn isi kandung post ni...tapi masih lagi tak lari dari 'semangat' dan 'hilang'...kihkihkih..

happy viewing..and Selamat menyambut hari Kemerdekaan...MERDEKA MERDEKA MERDEKA...