Wednesday, April 27, 2011

berehat sebentar..

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume..

minta maaf sbb lama tak update blog kesayanga saye ni..bebanan kerja di pejabat dan tanggugjawab sebagai isteri dan ibu buat saya haru biru dalam sebulan dua ni. ini kerana wilayah kerja mr hubby yg makin meluas-memaksa beliau kerap outstation dari duk kat rumah..hihihihi, so sy la yg jadi dirver kpd anak comel kami pegi n balik dr taska. Dan bermula awal tahun yg lepas sy juga mengalami 'evolusi'(hahahaha) baru dan anjakan dalam tugas sy sebagai pekerja kepada majikan, tanggunjawab sebagai 'lady bos' dari 3 kakitangan kepada 4 orang kakitangan yg sume nya lelaki ini amat mencabar dan 'mendebarkan' setiap hari, belum lagi menghadai karenah dan masalah pelanggan yang tidak pernah tidak ade setiap hari.

menghadapi 4 kakitangan lelaki seperti menjadi pengasuh kepada 4 orang anak kecil, memerlukan kesabaran dan 4 cara yang berbeza setiap orang membuatkan saya kadang2 hilang sabar sekejap bila sesuatu masalah timbul serentak disebabkan kecuaian kakitangan kerana tidak mempraktikan sop yg telah ditetapkan...fuhh persekitaran begini buat saya semakin hari semakin byk belajar tentang kesabaran..tetapi sy tidak pernah mengenepikan ketegasan dalam menjalankan tugasan kerana itu ia jugak merupakan tekanan hebat buat saya!

mmmmmm daa melalut kemana saya ni....tujuan asal nk memberitahu bahawa keinginan utk menjahit tidak pernah pudar.  sy mesti melakukannya!