Friday, January 15, 2010

Emosi!!

Ntah nape sehari dua ni, terasa emosi amat! Mungkin ke sebab ditinggalkan MR Hubby kerana terpaksa berkerja di luar daerah seminggu ni atau mungkin lebih lama lagi? mungkin juga sebab kat opis tak de keje yang perlu aku bereskan segera, so kepaler aku byk memikirkan kenangan yang lepas2 yang sekali gus merosakkan dan menacelarukan minda ini?  sejak mr Hubby bertolak ke Terengganu 3 hari lepas hati ini berterusan berdebar2 dan merasa tak sedap hati.  Bukan pertama kali Mr Hubby meninggalkan aku kerana kerja luar, malah penah sampai 2-3minggu kerja di luar. Bukan luar biasa!! so ape yang buat aku resah gelisah?  Karenah dan coloteh nakal KA tak dapat melenyapkan keresahan hati ini..ntah kenapa sehari dua ni aku terlalu mengenangkan seseorang.

Aku pun hairan...Hari ni. pagi2 lagi selepas solat subuh, aku terkocoh2 selongkar drawer almari untuk cari album-album pink kepunyaan Nur Iman Athirah? apa yang mendorong aku untuk melihat kembali wajah yang aku ingin lupakan 5 tahun dulu?apa yang buat aku terasa kuat sangat untuk menatap gambar2 nye?dah lama aku benamkan album2 pink itu demi menerusskan satu kehidupan ceria dan gumbira.  Haruskah aku lupakan dia? tidak...hakikatnya aku tak penah sesaat pun menolak bayangan wajah kecil suci nan mulus tu, tak penah aku lupa!! bahkan terasa baru semalam aku memeluknya dan menjaganya di hospital...bagaimana agaknya klu sekarang ni dia masih bernafas di dunia ini, bagaimana agaknya hidupku jika dia masih disisi? mungkin aku tidak ada di sini hari ini...aaaaaaahhh emosi nya aku ni...aku tak ingin menangis lagi, cukup..cukup...jangan tengok lagi album2 dia!! tarik nafas................

Mungkin juga berita sedih ajnie, adik aku yang misscarriage dua tiga hari lepas adalah punca segala kesedihan aku ni? hasrat ajnie untuk menimang cahaya mata kedua terpaksa dilupakan kerana tanpa diduga dia dah keguguran dan semalam dah di tahan di wad untuk dicuci kandungannya...adusss, tak tahan aku mendengarnya...harap2 dia n suami bersabar dan redha...

p/s:  klu ada sesiapa yang penah mengenali Nur Iman Athirah, pasti tahu apa yang telah terjadi padanya. Kepada yang tak tahu hujung pangkal...sebenarnya Nur Iman Athirah telah meninggal dunia pada 29 September 2005 pada usia 6 tahun kerana kanser sel tisu -Rhabdomayosarcoma. Sedekahkan alfathihah untuk dia, semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin.

Kalau dapat, aku nak juga mengabadikan gambar2nya di blog ni...tapi buat masa ni aku terasa payah untuk melakukannya...biarlah dulu, aku bimbang jika aku tak dapat mengawal emosi bila setiap kali menatap gambarnya..tengok lah suatu hari nanti bilamana aku sudah betul2 tabah dan tidak tergugat emosi ini..

1 comment:

Ena said...

Tersentuh juge bace n3 nie.. Sabar yer.. memg isteri selalu x keruan bile berjauhan dengan suami sbb MENYINTAINYA & risau akan keadaan nyer yg jauh dr mate.. sihat kah dia? makan minumnyer mcm maner?..dan macam2 yg ader dlm fkran kite..InsyaAllah.. Mudah2an dipermudahkan segale urusan
Al-fatihah juge buat Adik Nur Iman Athirah.