Saturday, December 20, 2014

MINI TRAVEL LOG-HO CI MIN 03-6hb Disember 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Dalam post yg lepas sy berjanji dan berhajat untuk belanja entry Trip ke Ho Chi Min.  Trip bagi sy amat menyeronokkan kerana kat sana syurga kain utk gila kain cam saya. saya ke Ho chi min secara persendirian tanpa Travel agensi kerana bila dikira2 jauh lebih rendah dari dengan agen saya bole jimat 50%!.

Tak pandai nk ulas camner trip tu. Tapi walaupn pergi tanpa guide dan pengalaman ke sana tapi Alhamdulillah Allah menyenangkan urusan saya.  Namun saya sudah menyediakan senarai nama dan contact number orang yang patut saya cari atau hubungi kalau memerlukan, senarai nama dan contact itu diberi rakan yang pernah dan biasa ke sana sebelum ini.  Tetapi saya tidak menggunakan talian hayat yg diberi, kerana tidak mahu menyusahkan atau menggangu rutin orang berkenaan. lagi pula saya tidak mengalami masalah langsung untk berkomunikasi atau mencari destinasi yang ingin saya tujui kerana sume nya dalam senarai!  sebelum ke sana saya telah membuat research dn servey online dan juga bertanyakan rakan yg pernah ke sana.

Tanggal 3hb Disember kami bertolak.Saya sengaja mengambil flight seawal jam 8.15pg dari KLIA2,kerana bimbang tak sempat melawati tempat-tempat menarik di Ho Chi Min. Klo boleh kami tak nk melepaskan satu pn tempat menarik yg harus dilawati disana!.  Penerbangan selama 1 jam 45minit.  Dipendekkan cerita kami sampai di hotel jam 10.15 pagi lebi kurang tapi harus menunggu jam 12t/hari utk Check IN. Tanpa membuang masa kami meninggalkan bagasi di hotel dan terus menuju ke pasar Ben Tanh yang hanya 5minit berjalan kaki dari Hotel kami. kami guna kan kesempatan ni utk ,menerokai pasar Ben Than yang sangaatttttttttt besar tu yg penuh dengan fabrik dan barangan kraf

Selain pasar Ben Tanh yg saya ulang alik tiap hari dari hotel selama 4 hari kat sana kami jgk ikuti trip Mekong Cruise, Floating Market, Chu chu tunnel yg agak jauh dari Ho Chi Min yg mengambil masa perjalanan 2jam yg amat mencabar. Lawatan dalam bandar HO Chi Min seperti  Muzium Perang, Muzium Art, Binh Tay-pasar borong kain yg besar (daerah 6 Ho Chi Min), bangunan bersejarah yg banyak di Ho Chi Min.


Pasar Ben Tanh di waktu malam, sentiasa  sibuk seawal 5.30pagi dan mulai jam 6.00ptg pasar malam disekitar pasar ini setiap hari. sesiapa yang pandai tawar menawar akan mendapat harga yang terbaik.

Hotel penginapan kami yg sy book melalui Agoda, sangat selesa, bersih dan puashati dengan serviesnya. saya menempahnye melalui Agoda serendah RM70, takan dapat hotel seselesa ini di malaysia dengan harga tu.

Cruise Mekong River, boatnye jugak bersih dan selesa diberi percuma air kelapa sebiji sorang

kami singgah banyak perkampungan disepjg sg mekong dan meraka ada industri kampung tersendiri setiap kg. ini adalah pembuatan coklat kelapa disebuah kampung pertama yg kami singgah.setiap kampung menghasilkan produk kraf yg berasaskan semulajadi dan bahan terpakai cth nya spt kraf dr sabut kelapa hingga ke tempurng kelapa dijadikan bahan kraf. dan isi kelapa pula dijadikan coklat.

di kampung yg lain , dorang turun temurun bepuluh generasi telah membiak lebah utk mendapatkan madu dan menjadikan industri.

terdapat banyak restoran halal dan masakan melayu sekitar hotel dan jalan ini dikenali sbg jalan melayu kerana kebanyakan mereka bole bertutur bahasa melayu dan ada jugak rakyat malaysia yang membuka perniagaan fabrik dan juga restoran spt Datuk Hail Amir(artis) yg membuka restoran di sana(sy pn tak pasti betol ke tidak, sy cuma dpt info dari pelawat2 yg lain yag sempat kami bertegur sapa kat sana) sy cuma tiap hari akan mkn di restoran Aisyah dan hanya mkn masakn panas dan masakannya bole tahan.. seumpama dia malasyia tp agak mahal sedikit iaitu dalam RM15 nasi goreng ikan masin. Dimasak chef yg berlajar dan berkerja di malaysia selama 7tahun mengikut pelayan disitu bila saya bertanyakan tentang tukang masaknya.

Disalah satu kg kami menaiki kereta kuda setelah turun dr boat utk ke kg yg lain

salah satu kampung ada menjalankan industri jahitan, yg menarik minat saya sgt2, sempat sy belajar utk membuat bag dan rugs kaki dari mereka dan sy sempat tawar menawar membeli rugs kaki yg cantik hanya RM15 dari harga RM20

suasana sekitar hotel diwaktu mlm, meriah!

Hari Kedua kami melawat dan meneroki seluruh Ho Chi Min dengan beca dan motosikal tambang. Trafik nye sgt sesak dgn motosikal, mencabar dan menyeronokkan

pandangan pasar Ben Tanh waktu pagi, disana jam 6.00 pagi sudah terang seakan2 jam 8.oo pg di malaysia

Antara hasil yg impress sy iaitu Lacquer ware art, kami sempat melawat kilang membuat Lacqure art ni ketika perjalanan ke Mekong, seni yg berasaskan kayu dilukis secara kolaj kemudian disaluti bahan kimia, proses ini mengambil masa 4minggu utk disiapkan setiap satu kerana dibuat secara handmade, ia kan melayu peroses mematikan kayu yg telah dipotong yg direndam dan dibakar seakan2 arang kemudian baru di cat dilukis dan di salut bhn kimia, sy sempat menyambar kotak jewellery sebagai kenangan.

mendayung ke hilir kg dengan perahu kecil, tambang nye termasuk dlm pakej mekong cruise sebanyak RM64 sahaja seorang, sy rasa sy mendapat harga yg murah utk mekong cruise ini dengan bantuan pekerja hotel, sedangkan orang lain dikatakan membayar RM80 seorang!!

lagi hasil tangan penduduk kampung disepanjang sg mekong.


itu saja catatan sy, tak pandai untuk berkata-kata cuma sy bole kata saya akan datang lagi untuk semata2 bersoping, mungkin sendirian pula.satu hari satu malam pn cukup lah biarkan saya di dalam pasar Ben Tanh sendirian!! i love Ho chi min shoping dengan harga yang murah. Dalam keterjuaan melihat kain saya tak sempat untuk snap gambar timbunan kain-kain yg ada di pasar ben tanh, walaupn sy rasa ada mengambil gambar tp entah kemana menghilang!!

Berjumpa lg dengn hasil tangan saya pula nanti... byeeeee