Tuesday, April 27, 2010

awards


First time dapat award sejak blogging hampir setahun-patut tak penah dapat sbb baru je kann...masih belajar lagi.  award ni dari Ajnie, she is my younger sister, patutnya i bagi dia award sbb dia lah yg encourage i blogging and dia jugak byk bagi i information pasal blog2 jahitan. i serius dgn jahitan ni pun sbb dia jugak la-sbb dia tak de keje kat opis! hehehehe...so skg ni we share everyting about sewing!.

Dikesempatan ni jugak i nk ucapkan selamat berjaya kat sister i tu sbb akan menamatkan zaman makan gajinya sbb nk jadi usahawan!-Dia dah serius menjahit tudung, skg dah tak cukup kakitangan dan mesin jahit dah nk siapkan tempahan-(sy bercadang nk mintak keje ngan dia sbg tukang potong!,kih kih kih..leh ke tokey?) so sesiapa ygn nk tempah tudung leh klik sini -sume customade tudung dan harga mmg berbaloi-baloi, weh kira jadi promoter lak aku ni, kena mintak komisen nih..

so thank u for award yer ajnie.nti aku belanja nasi kukus nti ngko dtg sini.

Monday, April 26, 2010

Gubahan Bunga

salam isnin.
Gubahan bunga! sesuatu yang lain dari n3 yang penah ade dlm blog ni, gubahan bunga ni sebenarnya dah digubah pertengahan bln dah tapi semalam sy mengubahnya semula kerana gubahan asal nampak cam monyok je...! so i tambah skit dedaun hijau and gubah lebih kemas lagi. sy tak penah pun belajar gubah bunga kat mane2, tak tu la ade bakat ke tak, pd pandangan mata i mmg cantik doh!..pengubah bunga yg pro sila komen....let's see pic yg i snap dari 2 sudut berbeza...






nampak sama je sudutnye! kah kaha kah..tau takpe!

sekian teme kasih.

Sunday, April 25, 2010

Happy birthday to ME....

Mmmmm nampak sangat desperate nk hadiah! sbb tu menguar2 kan dlm blog!huhuhu...kata la nk kata ape pun tp sy tak harap nk dapat hadiah dr org lain..alkisah rasa takpatut si dia buat2 tak tahu je sejak semalam,balik dr Duta sand pun melonggok dpn tv jap pastu dia kuar lagi maghrib baru balik, cuma ucapan birthday dengan sms kul 12.03 minit mlm tadi! Pastu ptg tadi ajak minum teh kedai mamak-restoran taj kat depan rumah!!biar patut! Takde birthday diner, takde birthday date ke apa2 yang istimewa....biar patut! Ke sebab aniversary akhir mac lepas dia dah bagi hadiah istimewa-(taknak cite apa dia bagi utk aniversary kami tu nanti ade org jeles and kata i nk nunjuk2 pulak-hehehehehe-biar lah rahsia.. sabor je!) so dah takde hadiah birthday, biar benar!! tahun2 lepas tak camtu pun, mesti dapat 2 hadiah 28/3 dan 25/4....esok dia dah nk g kl, bile lagi nk bagi hadiah ni.....ke nk kena mintak2 lak...nyampah tol la buat suspen je!!

cakap pasal birthday...i teringat masa 1st time i celebrate birthday ngan husben, dia bwk kek birthday n hadiah buku motivasi islamik dr ktn ke kb, terharu sgt sbb dari jauh dia berusaha mengembirakkan hati ini.  Lepas tiup lilin tu i bagi tau dia i taknak tiup lilin lg lps ni sbb i tak suke kek....sebenarnya i tak suke kek yang dia beli, dia tak reti n tak tau pilih kek yang i suke sbb baru kawin kan-kami tak bercinta pun  so tak tau sgt kegemaran memasing...sejak hari tu dia pun tak beli kek samada annivesary atau birthday sebab dia sebenarnya tak suka kek-tau makan karipap je!
wokeh r...rasanya cukup r, sekurang2 nya n3 ni leh buat hati senang! takpe la takdapat hari ni, mungkin esok mungkin lusa, tulat, tubing...........?

Saturday, April 24, 2010

sarung telefon bimbit

Wah sekemanya tajuk-sarung telefon bimbit!  Itu la kannnnn....nk tunjuk sarung enset yang dah 3 hari siap tp skg baru leh snap gambarnyer..sebenarnya sarung ni sama ngan sarung cermin mata minggu sudah, saya cuma nk memahirkan cara menjahit menggunakan batting fibre. itu kuar idea nk buat sarung enset ni..

enset tak de sbb tgh amik gambar nih!
-kain kotton corak strawbery, dlm nya kain kotton dot-dot, sume kain ni dr Nagoya-g la cari klu berkenan!

itu sahaja cerita sarung telefon bimbit.


Friday, April 23, 2010

n3 sempoi..

Kalau boleh memamg nk update blog dengan n3 jahitan tiap2 hari, tapi masa tersangat singkat rasanya sekarang nih, nk tengok email pun tak sempat! Sekarang ni sy tengah usahakan konsep 5's di pejabat, klu orang gomen dah lama dia org buat benda tu kat jabatan memasing...tp sy baru dapat arahan untuk guna pakai 5's ni awal tahun ni, tp tahap kemalasan memuncak masa tu lagi pun tak dapat info yang lengkap utk siapkannya, tapi -(byk nya tapi) masa kolokium hari tu dah diarahkan untuk menyiapkannya secepat mungkin.  so skg nih i tengah berhempas pulas menyiapkannya sebaik mungkin-ikut kederat i la kan..

so n3 ni hanyalah untuk mengisi waktu rehat yang panjang( tak la panjang sgt pon) pada hari jumaat! sepatutnya i buat n3 beg teleon bimbit yg i buat mlm kemarin tp lupa pulok nk amik gambar.  Bila kat rumah lupa daratan dan lautan walupun ada b.band tak nyempat jugak pn nk buat n3! Masa dipenuhi melayan si kenit yang bermacam ragam, tambahan pula si ayah pun sibuk memanjang! Nanti jangan si ayah menyesal bila sedar2 tengok anak dah besar-jadi anak dara sunti, dah tak nak main2 dgn si ayah lagi. dan si ayah akan terlepas hari2 yang menyeronokan melihat anak membesar-dimana disitu la kebahagian dan buat hati kita berbunga2 dek karenah anak2, kan? Keupayaan anak2 juga mejadi ukuran tanggunajwab sebgai ibu bapa sebenarnya.Disitu la cabarannya, klu kita melepasi cabaran itu dan anak itu nampak 'berhasil', itu la kejayaan kita sbg ibu bapa.  So bagaimana nk ukur kebolehan dan keupayaan kita mendidik anak2 yang berjaya-berjaya dlm ertikata berjaya dalam hidup, tak semestinya masuk u atau mana2 pusat akademik tertinggi, tp anak yg boleh pikir masa depan dan tak menyusahkan mak bapak) klau kita( ibubapa) hanya mementingkan hal2 lain dari meluangkan masa berkualiti bersama anak2? Klu dah sume anak2 dah tak 'menjadi'-bkn cacat yer tapi anak yang tak reti nak buat apa selain makan minum, tido dan buat apa yg disuruh saja, siapa yang nk disalahkan, fasa pertama tu, bkn salah anak pun, mmg salah ibu bapa sbb tak mendidik anak dengan ilmu kehidupan, bela anak cam bela lembu, kambing, memag la lembu dan kambing tu mahal harganya klu dijual, tp klu manusia dibela cam lembu kambing, ade harga ke?..fasa ke 2, salah anak jugak sbb dah besar panjang pun takde keupayaan utk keluar dari kandang lembu kambing! kenapa yer?..mmm kena berbalik ke fasa pertama, sbb mak ayah tak ajar! salah lagi mak bapak!..klu mak bapak tak nak menyesal dan disalahkan dalam fasa kehidupan anak2 yang tidak berjaya tolong lah, tolong la didik anak2 jadi manusia yang buleh hidup di dunia sekarang ni, yang memerlukan pemikiran dan pertimbangan yang sebaik mungkin, dunia makin mencabar! tp ada lagi mak bapak yang kepik anak yang berumur 20-26 bwah ketiak, cucuk hidung cam lembu! eh dah melalut sakan dah ni...naper tetiba emo nih, sume lembu kerbau kuar ni! isk,,isk..ok ok ok...kita tamat je la kat sini.

p/s:
harapan i pada si kenit mmg tinggi, semoga dia menjadi seorang manusia yang berguna dunia dan akhirat! semoga dia dapat membahgiakan dan membanggkan ayah dan ibu, insyallah yer sayang!

Wednesday, April 21, 2010

Kolokium pegawai2.....di KTC

Pada 18 April baru ni, i menghadiri kolokium pegawai company tempat i keje di KTC-kelantan Trade centre di kota bharu, kelate-tempat asal n tumpah darah i!!-bukan setakat darah je tumpah kt kb tu tapi sume yg boleh tumpah dah tumpah dah, air mata tumpah tu tak yah cite la..mmg sakan benor!.

Majlis ni berlangsung satu hari suntuk dari kul 8.30 hingga 5.30-terbabas dari jadual asal sepatutnya 4.30 je tapi byk sgt pesanan penutup dari KE yang patut sume pegwai galas sebagai tanggungjawab demi mengekal kan prestasi dan kegemilangan syarikat yang dinaungi Kerajaan Negeri. ewahhhh.....berucap dah maca KE!!.

so ini la gambar2 yang sempat i snap..sebenarnya ni gambar yang dah petang, mata sume kuyu dan dah tak tahan kesejukan dalam dewan!! layanzzzzzz...

Pn Pizza...dengan khayalannya..


Pn mastura & Pn Anis yang sememangnya dah ready utk diamik gambar sbb tu tersenyum lebar jewww..ingt nk amik gambar candid je!!


ni obat ngantuk..


sebahagian perserta lelaki, kerusi dah byk kosong...ngular nih!


masa lunch break...sempat posing sblm masuk dewan mkn


Tembam nye budak tudung hitam tu..bersama Pn Zaililah & Pn Habibah.


Alas gelas ni..

Tuan2 dan Puan2 sume Kelantan Trade Centre(KTC) ni salah satu hotel yang terbaru di Kelantan, lokasi bersebelahan Hotel Perdana, diatas hotel ini merupakan unit2 apartment yang cantik dengan design yang menarik.  Sempat snap gambar di lobi...




penuh dengan dekorasi dan ukiran melayu lama asli Kelantan terutama pada panel2 kayu di dinding.

Kepada pengunjung2 ke kelantan cuba la try test duk di hotel ni kerana ia berbaloi baloi!!

sini hanya lah ikan iklan tak berbayar...tiada sapa yang suruh pun tp i saja nk promo tempat tumpah, darah, air mata dan peluh i-kota bharu bandaraya islam..sesiapa yang nk view lebih lanjut pasal KTC ni klik sini

sekian, wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

Pouch cermin mata

Pouch cermin mata ni dibuat khas utk 'housemate' i yang kekadang matanya rabun bila nk membaca. Oleh kerana sikap dia yang suka letak spek mata merata2 minggu lepas dah patah satu speknya dek 'keaktifan' anak pompuan dia .  so i try buat beg cermin mata ni semoga dapat la melindungi spek matanya tu dari dijadikan toys oleh si kenit tu.







spek pouch ni i buat selama 3 jam setengah kerana 1st time i buat beg guna batting fibre.  nampak senang bila dah siap tapi sebenarnya 3 jam i duk tenung instruction buku jepun yg i jadikan paduan buat pouch spek mata tu. tp alhamdulillah berkat kesabaran dapat jugak siapkan. dan i sesaja bagi nama pouch cermin mata sbb tau tau nk bagi nama apa...ada sesiapa yang tahu nama sebenar beg cernin mata ni?


Friday, April 16, 2010

cik jah=KA

Dah lama tak post cite and gambar putri comel lotae i ni. Skg dia ade perangai baru yang macam2 dah, merajuk pun ade pesen baru! tak tau la budak kecik ni mmg suke meniru orang disekelilingnya dan paling merisaukan dia jugak cedok byk kelakuan dari orang2 dalam TV! Tetapi yang paling merisaukan saya anak sy ni dah berumur hampir 2tahun tpi tak tau menyebut ibu pun.  tetapi dia boleh sebut ubot, cu and niiii..!! Perkatan2 dan bunyi2 pelik lain yang dia ckp mmg byk la sbb dia tiru dari tv dan bebudak lain di taska, hanya dia yang paham ape yang dia cakap...kekadang dgr ca, cakap sarawakian! tgk la gambar2 dia dengan basikalnya..time nk snap gambar ni bukn main susah, time tak de mood ni sbb dia nk berkayuh keluar pagar..



pusing kiri kanan...leh gak ibu snap gambar dia!





sekarang ni dia mmg giler bertoncang, tiap2 hari kena toncang rambut dia! lepas toncang dan pakai baju dia akan tunjuk baju n toncang then kata....tik?tik?tik?..mula2 saya tak paham, ayah dia kata cantik la tuuuuuu...aduss!  so skg ni kena la jawab balik.....cantikkkkkkk anak ibu ni! klu tak jwb cantik selagi tu la dia duk tik tik tik tik.....

yg kt bawah ni gambar masa  lepas beli cekak rambut dia kat TC hari minggu tu...skg dah hilang ntah kemana..








time ni dia tunggang ayah dia tgh tido kat lantai!

sekian terima kasih. tamat dah...

Thursday, April 15, 2010

sumenya ade hikmah

Kalau la sume orang pecaya hikmah dan pengajaran disebalik kepayah, kesusahan, kemiskinan, kesedihan dan lain Ke.......an lagi maka kita sume akan hidup dengan penuh keredhaan, bila kita redha kita akan terasa ringan beban yg kita tanggung. bebanan tu sebenarnya cuma fantasi dan bayangan dalam kepala kita bila kita tidak dapat sesuatu yang kita inginkan seperti orang lain. Untuk mendapat keredhaan hati mestilah bersih dan percaya Allah maha adil kepada setiap hambanya, Allah maha mengetahui, Allah berkuasa melakukan apa saja.  bila kita percaya dunia ini bukan milik manusia maka hidup kita tidak akan terbeban dengan kemahuan dan keinginan yang tak patut kita ada pun.  so bila kita berfikir begitu hati kita akan jadi lapang, so bila hati lapang tidak la terasa terbeban dengan masalah kita.  Betul...mungkin akan ada orang kata...engko buleh la cakap cam tu sbb engko dah senang!   Bukan sbb kita senang... bukan senang nk senang! Orang nampak kita senang sebab dia tak nampak kita susah..yang susah adalah bila kita mengikut kehendak dan keinginan yang tak tercapai. orang nampak kita senang bila kita dah dapat tukar keinginan/kehendak/nafsu kita dengan keredhan! pertukaran itu la memerlukan pengorbanan perasaan dan memerlukan akal yang betol2 waaras dan stabil untuk menterbalikkan kesedihan, sesusahan dan kepayahan tadi.( uik..tul ke aku nih?!!).

dan bila kita terasa kita ditipu atau dipergunakan cepat2 la beristiqrfa, menyebut kebesaran Allah selalu semoga hati kita tenang dan tak perlu melenting dan marah2 dengan org berkenaan, tpi klu boleh dapatkan penjelasan kenapa dia menipu begitu dengan cara baik, itu pun klu dia nk berkerjasama dan membuka mulut.  samada nk memaaf atau tidak terpulang tetapi kosongkan hati anda dengan rasa marah dan benci, kemudian isikan dengan keinsafan dan keredhaan-pikir ade hikmah jadi begitu dan mesti benar2 pecaya!

saya tahu ramai anda diluar sana rasa kecewa dengan kehidupan ini, speti tidak adil kan? Walau kecewa mana pun anda jangan rasa lemah-menangis lah klu itu buleh meredakan rasa tak keruan itu tapi selepas menangis bangkit lah! bangun, kata kan pada diri anda-tiada sesiapa pun yang berhak mengecewakan aku!, maka sayangi diri anda, sayang diri anda 100%, jangan bagi peluang sesiapa pun kecewakan anda! -caranya amalkan tabiat redha dan berlapang dada, percaya pada Nya. kemudian lakukan sesuatu aktiviti yang ada rasa boleh melupakan apa yg ada rasa........cam sy-menjahit!!-kira promo jait ni hehehehe...tp serius itu yang saya lakukan utk lenyapkan keresahan hati dan sakit hati! sakit kah hati ku? klu kita tak rasa sakit kita tak kan belajar...kan?! belajarlah dari kesakitan...jaga hati jangan biar ia sakit!

Tuesday, April 13, 2010

vantage lagi...

Disebabkan gian nk menjahit dan nak perabiskan sisa kain vantage yg ada aku buat pouch serbaguna ni, siap malam tadi. amik gambar pagi2 sebelum mai keje.....malas nk puji sendiri dah(waahaha!), tuan2 dan puan2 la nilai kerja tangan saya yang tak seberapa ni(sopan nyer ayat!), kalu sekali tengok anda berkenan maknanya cantik la tu!! layanzzzzzz......

ukuran: 8 x 10 inci



yg ni ukuran 14 x 12


 
yang saiz besar ni bersulam corak kasut. Memang niat dihati pun nk bubuh kasut sleeping partner yang selalu outstation.tambah lagi klu lama tak pakai duk atas rak kasut mesti berhabuk kan..so saya pikir nk sumbat kasut dia dlm beg ni. Feminin la pulok nampak! ok ke?

Ada lagi kusyen corak vantage yang saya jahit malam tadi tapi tak sempat habis so nex entry saya akan post kan





last sekali acara biasa la...model cilik ni mmg jeles klu tak layan dia, mesti nk kena snap gambar dia jugak. tengok la muka masam dia tu...merunggut kononnyer, serba tak kena!!









Tuesday, April 6, 2010

kusyen JOM JAHIT

Semalam balik dari opis p beli kain yang dah lama berkenan. Malam tadi terus potong n jait kusyen untuk jom jahit, tak tau la tini teme lagi ke tak ni dah terlewat sangat nih tapi ade hati gak nak buat sebab suke sgt kain kotton corak vantage nih..meleleih air liur!!



sempat 2 butir kusyen je..


sejuk mata memandang




ini model mau interprem..nk jugk amik gambar dia ngan kusyen baru tu!


ni part kelakar drama sebabak....dia siap korek idung n posing...


lepas korek idung...bersin..haaaaasungggg!!
tak senonoh anak ibu sorang nih...klu tak amik gambar berbuih la mulut dia bising..

harap2 pengajur jom jahit terima la penyertaan terakhir nih..

Saturday, April 3, 2010

buttercup beg pulok

Tak sabar nk post gmbar beg buttercup ni...sonok sgt sbb jadi cantik!!-puji sediri, nk tunggu org puji lambat! Mula buat beg ni pagi tadi bila celek je mata terus terasa nk buat beg sambil2 tunggu mesin basuh menyental baju2 dan sambil2 memasak....akhirnya buttercup beg ni siap sepenuhnya jam 1.30 tadi..Tak tau nk cakap apa dah...layanla gambar-gambar yang ada ni ek...

i dah bersarkan skit size dia. And i guna kain cotton Nagoya corak strawberry kecik2.
sesuai untuk anak2 dara yang masih di bangku sekolah..


bahgian dalamnyer..buleh isi macam2, ada  poket utk enset jugak.



Biru: cotton jepun bercorak cam batik-nak buat blouse ala punjabi
Hitam: viscose Jepun, sejuk dan sedap dipakai, tak perlu di iron-ni yg best!-nk buat baju kurung pahang

Friday, April 2, 2010

Al Fatihah..utk Din Beramboi

Rasanya sume rakyat malaysia dah dapat berita sedih kepermergian Din Beramboi. Walaupun kita kehilangan pelawak, pelakun dan pengacara yang berbakat besar(cehh!...cam statement karyawan filem je..), hakikatnya dia juga manusia biasa, yang hanya datang ke dunia ini kerana NYa perginya juga kerna Dia, utk kekal abadi 'disana'.  saya mmg suka dengan lawak2 Din beramboi, menemani sy setiap pagi. Kita harus redha dengan kehilangan dia, kita yang hidup ini teruskan hidup dengan penuh keinsafaan dan beringat bahwa dunia ini hanya pinjaman dari Nya. Alfatihan untuk Arwah Din Beramboi dan salam Takziah untuk keluarga beliau, semoga beliau di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmatNya. Amin.