Thursday, December 30, 2010

coins pouch & beg make up

Ptg kemarin balik je dari ofis sy trus menyinsing lengan baju dan berapa dalam bilik jahit, sblm maghrib sy dah siapkan satu beg makeup, slps isyak sy menyambung buat lagi satu pouch coins...wahhh kenapa sy rajin yer?...sebab hujan lebat bangat so sy tak perlu membawa anak dara kenit tu g memain kat padang permainan sebagaimana hari hari tak hujan tiap2 hari...masa sy menjahit ptg semalam pun dia cool je dgn botol susu di mulut berbaring kat lantai bilik jait-tak kacau sy! ;) ....

so ini la hasil nyer: simple je, budak sekolah pun leh buat... ;0



rupa belakang & depan pun sama

bukaan zip biasa je

pouch coins separa bulat ni napak cute kat luar...:)


sama gak zip biasa utk bukaan

so heppy sewing...esok cuti-bola punyer pasal!

Friday, December 10, 2010

contoh:sulam manik

last week sy sempat mengodek2 gambar2 semasa sy p belajar manik itu hari, byk design yang ditunjukan, cantik sumenye.layanzzzz...............











itu saja yang dapat dipersembahakan...harap dapat memberi idea kpd peminat2 manik...

salam jumaat..

Saturday, November 27, 2010

kembali mengilai manik & Labuci...

Sequen and beads bukan interest baru sebenarnya, sejak hampir sepuluh tahun lepas lagi sy sudah pelajari menjahit manik dan labuci.  tetapi pd masa tu sy banyak buat crossttitch manik, dan labuci kurang mendapat perhatian sy pada ketika itu kerana tidak suke lit lak lit lak labuci tu, suka hanya suka menjahitnya tp tidak pd pakaian sendiri! tpi bila balik raya aidilfitri yang lepas sy sgt tertarik bile melihat bekas jiran dan sepupu sy di PC menujukan hasil kerjatangan jahitan manik mereka, ohhh...rupa2nya dia orang telah mendapat banyak mendapat tempahan jahitan manik dan labuci...sungguh teruja melihat design jahitan yang dihasilkan-buat sy tetiba ingin mencuba pula..tp bila balik ke semula berkerja sy melupakan sume kerana kesuntukan masa..sehinggalah hari raya aidiladha baru2 ni sy berkunjung semula ke rumah mereka dan mempelajari beberapa design yang cantik...

salah satu jahitan yang sy belajar, yg 2 lagi tertingal kat kg...huhhu


pagi tadi sy explore semula khazanah manik dan labuci yg telah lama tak disentuh..dan si kenit ni mmg la sibuk menolong taburkan manik dan labuci kat lantai! aisshhhhhh..kalut dia!!


ini koleksi manik dan labuci yg ada sejak 10 tahun lps, masih elok dan cantik


ini sequen sy beli kemarin-bentuk bintang


pelbagai saiz dan bentuk batu kristal ini pun sy beli kemarin untk baju kurung pahang yang baru siap dijahit.



sy tertanya2 jugak kenapa sekarang ni sy rasa teruja untuk memakai baju bermanik2 pula?!! aging factor ke? entah la...harap2 usia hanya lah angka!!hihihi-tak kisah usia berapa asal nampak muda sentiasa...amin!



bye bye......

Monday, November 15, 2010

Sweety Beg

semalam i dah siapkan satu lagi beg, i namakan beg ni sweety beg-sesuai untuk anak remaja kan...sama jgk dengan beg sebelum ni. niat dihati nk buat beg berzip tapi zip pulak takde dlm stok. tak kisahla org nk kata apa tp saya memang nk menajamkan kemahiran membuat beg ni dan nak menghabiskan stok2 kain yang ade. sulaman satu kemestian!!
layan la gambar cantik molek ni ;)...







wood button closure...


sapa nk angkat tangan?!

happy viewing!!!

Sunday, November 14, 2010

Bakul berhias

semalam sempat jugak menjait walau pun benda kecik, alas bakul tempat letak tisu.  bakul ni dah lama usia nya, klu budak sekolah dah standard 2 agaknya, tp sebelum ni bakul tu mmg tak berbaju. semalam slp mengemas2 dapur yg cam baru lepas kenduri i ringan tangan menjahit alas bakul tu...(INI ADALAH INISIATIF 1 HARI 1 PRODUK)..dgn hormatnya sy memaparkan gambar2nya........


sebelum.........


....selepas

sisi
 
taraaaaaaaaa.......that's it!

it's look like new...


see u next..


Friday, November 5, 2010

1 Hari 2 Produk...

Ni dia aku menyahut cabaran zilakassim 1 hARI 1 Produk..tapi aku terlebih sahut mak ai..2 beg telah dijahit hari ni.Alhamdullilah cuti deepavali ni mencetuskan semangat baru, harap2 akan berterusan selepas ini.  so u all layan la beg2 i reka ni.


2 beg dalam 1 hari!!


Beg pertama yg i jahit: Beg shooping hari sabtu, sb hari sabtu kan hari 'No Plastik Beg' di pasaraya!


inside...2 pocket for hand phone and purse


close up, hadapan beg, i sulam 'save our planet' sbb tak pakai plastik beg kan...hihi then i buat sulam cross-stitch rumah burung. is it cool?

and.................................
the 2nd beg is...

of course..my favourite vantage...with a wood button..tapi rambu tu cam tak kena?!!

so what next ya?...hopefully i will be more creative and spend more time with my lovely machine..

okey then.. till see u next time..bye bye..



Tuesday, November 2, 2010

Round corner table cover

Entah betol ke tidak gamaknya yang nama meja sisi bulat ni sebenarnya....tak kisah la apa namanye. Alas meja ni dah tertangguh untuk disiapkan kerana masalah 'KEMALASAN' dan material yang tidak mencukupi, so weekend lalu sy mencukupkan apa yang tak cukup, then pagi tadi sblm subuh i dah bangun mengadap mesin jait..taraaaaaaaaaaaaaaaa dah siap 30 minit kemudian-bendanya mudah sgt, tpi nk mulakan tu punyer la malassssssssss...camner nk hilang kan perasaaan yang tak perlu ade dalam diri ni..........aishhhhhhhhhh....!
layang la gambar yang serba kekurangan...

cantik tak?

berseri sikit hall rumah i bile dipasangkan baju baru kat meja bulat ni...kikiki


close up...



info:
1 mtr printed cotton
2 mtr cotton lace
4 mtrs magic satin linen-ini betol magic tau....bila tarik dia koyak, tp lama2 dia baik sediri-cam hidup!!



Wednesday, October 20, 2010

Sulam: Pandu Puteri 2010

Tempahan Cikgu dr Sarawak, 30 helai sapu tangan bersulam untuk Pandu Puteri.  Tempahan yang dibuat secara mengejut ni cam nk dera mesin sulam i kerana semalaman operate tanpa rehat! sib baik dia tak meragam...hihihi, layan la gambar yg tak seberapa  nk ada ni.... ;)

ini je gambar yg sempat dan teringat diambik...

Dalam masa 3 atau 4 hari lagi cikgu akan teme parcel yer...harap suke!

daaa


Sunday, October 10, 2010

Aktiviti 10.10.10

Ada ramai orang memilih tarikh hari ni 10.10.10 untuk memahatkan kenangan terindah dalam hidup masing2, ramai yang bertunang dan berkahwin pda hari ini termsuk celebriti malaysia termsuk Angkasawan negara.  dan anak jiran sebelah rumah saya juga menjadikan hari ni hari pertama berniaga restoran di kawasan perumahan rumah ini juga. Harap beliau terus maju dengan impiannya, setelah baru saja berjaya menamatkan pengajiannya dlm bidang catering baru2 ini.  dlm usia muda lg beliau bersemangat dan berani utk menceburi bidang perniagaan makanan ini.

semoga hari ini menjadi sejarah tersendiri dalam kehidupan masing2..

Wednesday, September 29, 2010

kerna chinta....

Kalu tgk tajuk tu mesti org pikir sy tgk drama akasia 'Chinta' ni, layan la jugak tp post ni bkn sbb drama tu, takde kena mengena pun, tp pasal cinta jugak la, dimana zaman dolu-dolu mak bapak kita eja cinta- C H I N TA..

Dah agak lama sy tak buat n3 kat belog jahitan ni, masa sesangat terbatas untuk sy berkarya..(ewah!).  Profession jahitan adalah kerjaya sampingan kerana minat, tp kewajipan hakiki iaitu kerja 9 to 5, dan tanggujawab sbg suri rumah, isteri dan ibu menuntut masa yang panjang juga menyebabkan sy menyepikan diri dri dunia belog untuk sementara, namun aktiviti jahitan masih diteruskan mengikut kelapangan asalkan 2 orang yang sy cintai itu tidak terasa terabai...sy tak mahu minat sy ini akan menjadi isu dalam perhubungan kami ini, semuanya kerana chinta!!

sy merasakan puteri 'kechintaan' sy itu memerlukan lebih perhatian dr sy kerana dia semakin membesar dan dalam proses pembelajaran yang cukup memberi sy tekanan!!  sy perlu memberi sepenuh perhatian! si cilik sy mmg kanak yg super aktif...dan berfikiran matang dr usia...cuma katanya saja tidak sebulat sebutan kanak2 lain seusia nya. yang paling penting dia sentiasa sihat, krna itu sy memohon pd diri sendiri untuk slow down ape jua aktiviti jahitan semata-mata  ingin bersama si kenit tu....bagi seminit pun begitu bermakna bila bersamanya...layanzz gambar2 dia..(ingin sekali sya post gambar kami sekeluarga semasa hari raya lps tp kerana sy tidak bertudung semasa bergambar, niat tu terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan!!)

dgn cousin fatin humaira


asal je nk snap gambar dia mesti nk pose ngan bear dan garffie

eh...gambar langsir baru pun ade...hihihi muat je la..
di pagi raya...baju kurung tu ibu yang jait!
ni tak ingt dah bila masa...elok je dia posing!


di pantai batu buruk, kuala terengganu, perjalanan balik dr kg -ktn


mc donald TC seminggu lps raya

pemandangan indah di TC


kami bertiga jew...bila nk ber4 atau 5?huhuhu...


playground di TC


ni pun tak henggat masa bila






rumah tok wan termerloh bln ramadhan lepas...tgk la tahap kebuasannya
bakul kain pun jadi mainan!!



playground di pusat perdagangan mahkota

(tak terlambat lagi kan nk ucap)
selamat hari raya aidilditri
maaf zahir & batin

sekian, terima kasih.
jumpa lagi.........