Wednesday, November 25, 2009

The Sun Shine

Alhamdulillah kita masih dibumi Allah, Pencipta sekalian alam, Pengampun dan penyayang.

Dah seminggu hujan tidak berhenti-henti, walaupun tidak terlalu lebat tetapi hujan yang sambung menyambung menyebabkan kain di ampaian tak kering-kering sejak weekend lepas. Nasib menyebelahi aku bila petang semalam balik aje dari kerja aku terus sumbat kain kotor dalam washing machine. Pagi tadi dengan kesykuran aku dapat menjemur kain kerana matahari telah menonjolkan diri di awal pagi lagi, panas terik!!  Rupa-rupanya bukan aku saja yang menyedari dan dapat manfaat dari matahari yang bersinar terik tu, semasa menghantar puteri comel aku tu ke Taska rata-rata surirumah tersenyum lebar menyidai kain di ampaian malah hingga ke atas pagar rumah masing-masing, sekali tengok semacam pesta la pulak, kerana pagar-pagar dipenuhi kain yang berwarna warni..hehehehe, bertuah la surirumah yang sentiasa ada kat rumah kerana dapat merebut peluang itu secukup2nya...bagaimana bagi isteri dan ibu-ibu yang berkerja=surirumah yang berkerja?, yang keluar rumah seawal 7.30 pagi? Bagi aku, aku suka buat persediaan lebih awal, walaupun aku tidak pasti tentang apa yang akan berlaku esoknya.  Pengurusan masa amat penting bagi surirumah yang berkerja sepenuh masa, perlu disenaraikan apa yang patut dilakukan supaya masa dapat diuruskan secara optimum dan teratur.  Selamat menguruskan masa......

No comments: