Wednesday, February 10, 2010

sampai nya hati mu....

Kenapa mesti dia sangsi dengan kejujuran aku? buruk benar ke  perangai dan budi bicara ku dengan orang disekelilingnya terutama orang2 kesayangan dia yg bersatu selalu ... aku kah yang buruk atau dia orang tu yang maksum? sampaikan aku tidak boleh menyebut dan mengaitakan diri mereka dalam keadaan apa jua, terutama keburukan!! Telah banyak penghinaan perasaan dan tomohan yang aku telan dek kerana tidak berteman dan mesra dengan mereka2 tu. Perlu kah aku berlagak baik untk menjaga hatinya? berlagak baik bukan cara ku, selama ini aku jujur menjelaskan kedudukan dan perasaan ku pada sesiapa pun. aku bukan manusia hipokrit! berterus terang adalah amalan ku tapi ade jugak manusia yang tidak penah ingin berterima kasih diatas ketelusan ku...kecewa sangat rasa! selama berteman dan bermesra dengan dia aku tidak pernah berselindung siapa diri ku, dia tidak perlu memahami ku dari dalam jiwa ni cukup memerhati keadaan ku dan mendengar apa yang aku ingin suarakan dengan perihatian. kenapa mesti dia beranggapan begitu pada diri ini? tidak nampak kah dia apa yang telah aku lakukan selama ini? sehinggakan aku tidak dibenarkan melawat dia semasa masa sakitnya? aku juga diberi amaran keras untuk tidak menziarah mayat dia jika meninggal nanti...apa salah aku sehingga ditegah melakukan kewajipan ku sebagai insan yang penah hadir dalam hidup dia? Sejujurnya aku akui..aku tidak pernah berdendam dengan dia atau sesiapa, aku tidak pernah melabel orang yg membenci aku sebagai musuh namun aku terima jika aku digelar musuh oleh manusia lain. Perasaan dengki, khianat tidak pernah ada dalam hidup ku...
teman, jangan lah kau letak aku di tempat yang salah..aku bkn ingin kau letak kan ku diata kepala mu, menjunjung ku tapi cukup di depan mata mu!! lihat la diri ku..sakit sangat kah hati mu bila melihat diri ku? sehinggakan kau sanggup memperlakukan aku begini? maafkan aku jika aku menyakiti hati mu...maafkan aku! apa yang harus aku lakukan untuk mengubati hati mu?sampai bila kau ingin berdendam dengan ku, sampai bila anggapan buruk mu pada ku akan hilang?

2 comments:

Ena said...

sedih la pulak bace n3 nie..
sabar ye.. :)

Anonymous said...

mmg sedih..hati ni terasa cam dicarik2 dan dicucuk ngan sembilu!! sabar saja pengubat jiwa