Friday, June 11, 2010

RMK-10

Salam pagi Jumaat, semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah.

Sepeti yg kekwang tgk tajuk di atas tu, sy merasa terpanggil untuk merumuskan RMK-10 yg di gagaskan oleh PM kita semalam.seperti kita sedia maklum PM telah mengumumkan sebanyan RM230 billion peruntukkan utk RMK-10 ini, ia merangkumi 10 perkara yg disenaraikan yg akan memacu kehidupan kita sbg rakyat Malayisa ke arah kecemerlangan dari segi ekonomi, sosial dan politik.  Tidak boleh tidak ketiga-tiga bidang(ekonomi, sosial n politik) ini adalah kembar 3 yang tidak boleh dipisahkan dan ia berkait rapat antara satu sama lain.  Semalam PM byk menegaskan 1Malaysia akan membawa kepada kecemerlangan ketiga2 elemen itu, pokok pangkal nya KERJASAMA dalam apa jua yg kita lakukan.  Kerana itu lah 10 gagasan yg dibentagkan banyak elemen2 KERJASAMA. 10 gagasan itu juga saling berkait antara satu sama lain.  Apa yg menarik pada saya dalam 10 gagasan itu ialah PM menjayakan produktiviti dan inovasi, kerajaan akan menyokong dan membantu produk dan inovasi tempatan yang akan mendorong rakyat lebih berusaha memajukan diri  dalam bidang memasing dan jika semua rakyat meyahut cabaran tersebut dan menjadikannya satu platform dalam kehidupan saya jamin rakyat Malaysia akan bertambah maju seiring dengan keutuhan modal insan yang unggul, dan menjadikan kita lebih kuat menghadapi isu dunia global yang kini sukar diramal.
Dibawah ini sy senaraikan 10 gagasan atau objektif RMK-10 tersebut untuk direnungkan dan aplikasikan dalam kehidupan kita seharian-kerana ini bukan hanya tanggunjawab org2 politik yang mengubal RMK-10 tapi tanggunjawab kita sebagai rakyat Malayisa dan khalifah di bumi Allah ini. renung2kan:

1. Memancu ekonomi domestik dgn keperkaan persekitaran luar negare;
2. memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sbg satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
3. Mentranformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menersi pengkhususan;
4. Menjayakanperumbuhan yg dipacu oleh produktiviti dan inovasi;
5. Memastikan peluang saksama dan  melindungi golongan mudah terjejas;
6. memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
7. Pertubuhan bertumpu dan pembangunan inklusif;
8. Penyokong perkongsian pintar;
9. Menghargai Khazanah alam sekitar;
10. Kerajaan umpama syrikat yg berdaya saing.

SUMBER:Harian Metro

Sama2 la kita menghayati dan merealisasikan RMK-10 dengan memajukan dan melengkapkan diri dengan apa jua ilmu yg mampu kita pelajari dan titipkan azam utk memajukan diri kita setiap hari bila bangun pagi. Insyallah.

2 comments:

ajnie's said...

pergh....mcm PM lak..

Anonymous said...

Suke la tudung yang maroon...