Wednesday, March 10, 2010

Jangan sedih...

Malam tadi i nk update blog ngan n3 dress princes i tu tapi tak tau naper laptop i meragam tak nak mengikut arahan, ke line b.band i yg problem! rasa geram sangat! dan hari ni pulak i datang opis melenggang2 je tak bawak laptop atau pun pendrive yang ade gambar2 utk blog i...tapi pagi2 ni i rasa gatal nk menulis kat blog pulak walaupun tak cukup bahan! nk tulis apa? Breakfast pun tak lagi! sebenarnya i tak de cite apa2 pun, walaupun i balik kg weekend lepas, dah selamat pergi dan selamat kembali dah..cuma bila balik kg hari tu i diberitahu beberapa sedara mara dan jiran dah pergi meninggalkan kami utk selama2nya, dan cerita yg paling menyedihkan cerita kematian ibu tunggal kerna sakit kencing manis, meninggalkan seorang anak kandung(18thn) dan seorang anak angkat(7thn)-sume lelaki.   mrngikut cerita, ibu tunggal(40an) itu dah lama menderita sakit kencing manis dan selalu sgt berulang alik ke hopital, bila arwah dah takde ni dgr khabar anak angkatnya yang 7 tahun tu tiap2 hari berulang alik ke kubur ibu dia dengan mengayuh basikal 2x sehari dengan linangan air mata!! dan tiada sesiapa yang menjaga makan minum dia sejak ibu jatuh sakit, semuanya dia lakukan sediri termasuk membasuh pakaian dan selalu juga dia merempat dan meminta makanan dgn jiran tetangga.  tapi lain pulak cerita anak kandung ibu tunggal itu...sy tak nak menceritakan keburukan dia yang saya dengar tapi saya dapat rasakan anak angkat yang sekecil itu lebih menghargai ibu yang hanya menjaga dia sejak kecil berbanding anak yang dikandung dan dilahirkan ibu itu!! Bagaimana nasib anak kecil tu pun saya tak tahu! tapi rasa belas yang teramat sgt pada anak angkat tu..harap2 ada la orang kampung yang bersimpati dan menjaga makan minumnya kerana yang pasti si abang itu mmg tidak boleh diharap lagi!!

ALFATIHAH UNTUK ARWAH KAK IPAH, SEMOGA BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DENGAN ORANG2 YANG BERIMAN..., AMIN.

1 comment:

Ila said...

sebak rasa bila mengenangkan anak kecil tu berulang ke kuburan...
terasa seperti diri sendiri, maaf...saya masih beribu, namun telah ditinggalkan anak buat selamanya...
saya yang telah matang masih bersedih apatah lagi anak kecil yang telah tiada tempat bergantung....

semoga Allah memeliharanya. Al-fatihah.....