Thursday, December 31, 2009

welcome 2010, good bye 2009

Salam semua,


Agak lama tak update blog..,bz sesangat pasai ujung tahun ni keje opis pun nk kena updated gak, dari bulan 11 lagi audit berderet-deret keluar masuk –audit operasi la, audit keselamatan lah, then 28hb lepas stok take la pulak then hari ni dijangka audit luar yang sepatut nye datang bersama pada stok take lepas tetepi kerana hal tertentu diaorang dijangka datang hari ni…aduss…pasni borang KPI yang dah berdebu atas tray tu pun nk kena disisi n hantar gak, dah sampai masa ni…fenat fenat!!! Sekali pasukan audit datang sekali lutut kaki ku mengggeletar takut jugak semasa lawatan dia orang datang jadi perkara yang tak diingini..!!! Alhamdulillah so far tanggungjawab ku belum lagi dicabar dengan perkara yang bukan2.mmmm..tu cite opis skg masuk cite pindah rumah dengan barang 3 lori 3 tan, sampai sekarang pun ade lagi kotak yang tak berbuka untuk dikemaskan!! Tetapi dah di tahap amat selesa n selamat untuk didiami. kotak yang belum bebuka tu sememangnya barang yang sepatutnya aku dah buang tapi masih terasa sayang! Apa nk buat…. penyakit keturunan yang suka menyimpan barang yang tak digunakan!! Tapi sejak pindah ni dah byk jugak barang yang dulu aku tak nk buang aku buang juga…dipaksa oleh si hubby yang tak reti hargai sentimental value!!

Dah berminggu aku cuba nk update blog ni tapi tak jugak sempat2 kerana kepenatan n kesibukan dgn kerja opis and mengemas rumah buruk yang baru aku duduk ni..mujur juga aku bukan ibu yang ada anak bersekolah klu tidak harus aku pengsan menguruskan persedian sesi persekolah yang akan bermula kurang dari seminggu lagi…

Mood sewing aku melayang entah kemana, list projek aku pun ntah tersangkut kat mana-mana, and baju customer yang patut aku siapkan pun dah terbenam didlm kotak mana ntah.. blank trus pasal jahit menjahit ni and aku mmg dah lama tak sentuh si itam n si putih kat dalam bilik bawah tu..mmmmm nk bagi tau, si itam n si putih tu dah ade bilik sendiri.. tak lagi share ngan buku2 behabuk cam dulu…..bilik buku sepatut nya dulu bilik study tetapi sejak aku abis belajar aku lebih suka guna nama bilik buku sbb tak de sapa pun nk studi kat situ lagi, kadang2 saja masuk utk surft internet, selebihnya aku masuk untuk menjahit. Tapi skg ni bilik itam n puith lebih special sb aku dah ade set bilik jahit yang selesa siap dengan alamari utk mangatur n mengisi barang2 jahitanku, aku dah ade meja kerja jahit sendiri.. Nampak organized la kan…wlupun bilik tu sunyi sepi buat masa sekarang nih, sbb mood menjahit lum timbul2 lagi..tapi aku hsarap sewing mood tu akan timbul bile tiba nya tahun baru 2010 nanti, tak sampai 24jam lagi!! Yang penting aku dah ade ‘Kedai Jahit’!! itu pasal la cik hubby aku duk tanya "bile nk buka kedai jahit ni? dah lama tutupnyer..." and dia senyum kambing bile aku merenggek mintak belikan mesin sulam pula...' dh ade 3 mesin jahit..tak cukup lagi?''..mesin sulam la bang.....lum ade lagi daaa..beli ek?

AZAM 2010?... Apa azam tahun baru? Ntah la aku tak penah ade azam rasanya…atau pun aku dah lupa kot…ahaks..masa sekolah2 dulu ade la selalu tulis azam dalam dairy bile nk tiba tahun baru..tapi bila dah lama2 cam tak realistic lak bile tulis azam2 tu sebab kebanyakan azam2 aku tu rasanye tak penah tercapai, tu aku rasa tak perlui nk setkan azam2 tahun baru nih…tapi tak tau la klu plan tu buleh dikatakan AZAM?klu buleh..aku mmg ade plan then klu plan tu buleh dikatakan cita2? Terasa pelik pulak klu sebut cita2 masa tua2 cam gini…dulu masa sekolah tak nak belajar betul2 tapi cita2 setinggi langit…last2 awan pun tak cecah apatah lagi nk gapai langit. Then sekarang ni baru nk bercita2? Betul ke aku ni?!!...tapi aku masih ingat Datuk Dr Fadzilah berpesan kita mesti sentiasa bercita-cita bagi meniingkatkan standard kehidupan kita and cita2 tu bkn nye satu atau dua, bila dah capai satu cita kita dah stop bercita2…apa maknanya tu? Kita buleh banyak bercita2 kan? Tul tak?mmm betul la kot…bercita2 sapa tua! tapi whatever terms pun ngkorang pilih la sesedap rasa sendiri asalkan apa yang ngkorang nk ngkorang dapat,kan?sebab itu lah destinasi sebenar AZAM, CITA2, PLAN, HAJAT, HASRAT and KEMAHUAN.sume tu sama bagi aku, mengejar impian…..menuju puncak!!

Sempena tahun baru 2010 ni aku tak ingin nk menjanjikan apa-apa yang WORLD! terjadi dalam idup aku namun aku berdoa and berharap apa yang aku usahakan akan dibalas dengan keberkatan dan kenikmatan dari NYA.

Ya Allah, hanya diri Mu tahu bertapa aku amat beryukur kepada Mu kerana dikurniakan kehidupan yang sebaik ini di bumi Mu. Aku bersyukur Ya Allah kerana kau telah memilih ku untuk diuji Mu dengan rasa kehilangan yang amat merobek hati ku, namun Kau maha Adil kerana telah Kau gantikan kesemua kehilangan itu dengan yang lebih baik. aku bersyukur kerana Kau tidak pernah lupakan aku, tetapi aku insan lemah yang kadang2 melupakan Mu, ampunkan aku Ya Allah, kau ingatkan aku jika perlu. Terima kasih Ya Allah, akan aku mantapkan lagi ingatan ku pada MU, akan ku sujud Mu selagi aku mampu…jangan jauh kan aku dari Mu Ya Allah. terima kasih kerana benarkan aku menumpang di dunia MU..alhamdulilah kerana ada tempat untuk insan seperti ku..amin..

1 comment:

Ena said...

Alhamdulillah.. Salam Tahun Baru!! :)