Tuesday, December 8, 2009

Depan lain Belakang lain

Masa memula jumpa n kenal dulu si A tu baik sangat dengan si B, si B pun suka la sebab orang buat baik si B pun buat baik la kan sebab dah orang buat baik, bak kata org, org berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..maka sejak dari itu bersilaturahim la mereka seadanya.  tetapi lama kelamaan si B ni merasa tak sedap rasa dengan kehadiran si A, semacam ade sesuatu di sebalik kebaikan si A.  tetapi si B tetap menganggap itu cuma mainan perasaan yang di usik saitan.  sejak perkenalan dengan si A, si B sedikit sebanyak kenal la latar belakang dan sikap sebenar si A. Si B cuba menggelak untuk berjumpa si A bagi menghidarkan sesuatu yang tidak diingini, banyak sikap si A yang tidak disenangi si B tetapi dia tidak pernah menceritakn pada sesiapa, dia hanya memendam rasa takut nanti apa yang di katakan tidak dipercayai sesiapa kerana si A nampak baik dimata sesiapa pun.  tetapi bagi si B dia merasakan si A tidak ikhlas dalam perhubungan.  maka tidak lama kemudian terjadila sesuatu peristiwa dimana terbongkar segala apa yang tertutup sebelum ini, si A sebenarnya tidak menyenangi si B,si A sendiri yang mengakui kepada si C yang si B juga kenal. Bukan setakat pengakuan itu saja malah si A menceritakan keburukan si B kepada si A.  Tidak pasti samaada betul2 keburukan si B atau cuma cerita rekaan si A.  bila mengetahui si A tidak ikhlas dalam perhubungan itu si B punya la marah n sedih bercampur kecewa kerana si A betul2 baik di depannya...malah terlebih baik.  selepas peristiwa itu si B merenggakan hubungannya dengan si A.  Bukan si B termakan cerita yang disampaikan si C semata2 tapi si A pun ade kepala otak untuk berfikir secara waras dan kebetulan cerita yang disampaikan ada dalil( buleh ke guna perkataan ni?!) dan  tanda2 sejak dari mula mereka berkenalan, cerita2 itu juga disokong oleh cerita-cerita yang lain yang menyakin si B membuat kesimpulan bahawa si A mmg tidak ikhlas dan ada niat lain dalam perhubungan itu. Dari saat itu hingga hari ini si B tidak lagi mahu berjumpa si A, alasannya si B malas nk layan orang hipokrit cam si A, buang masa dan tidak memberi manfaat pun, si B juga tidak mahu ade sebarang hubungan dengan si A lagi kerana dia pikir lebih baik tidak berjumpa dan berhubung jika tidak ikhlas dan berpura-pura saja, juga bagi menggelakkan cerita-cerita si A yang ntah apa2 tu, ....tapi si D pulak tuduh si B menyombong, bongkak...sebab dio tak tau perangai si A,...so apa patut si B buat? klu aku jadi si B, aku buat bodo je...hahahaha

No comments: