Showing posts with label living. Show all posts
Showing posts with label living. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Wajah 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Thanks to myself, being successfully in making this blog new branding. I have had whole day to remade, edit and choose template for this new look blog. As times pass by so fast, I had not blogging for almost a year! now is in the middle of February suddenly i today thinking about my blog. i miss it. i even had not blog walking for a long time as long as i abandoned my blog.

Fuhhhh...it a long story to tell, despite of my health condition issue, i 'suddenly' come up with "Handmade Cottage" a little shop that sell fabrics and supplies sewing and quilting notions, craft accessory and ready made products by handmade. I am still employee to my employer, a wife , a housewife, a mother to a daughter and a seamstress.  How do i manage my routine with those obligations on my shoulder? don't ask how.. even i didn't notice times passing by. but it(the shop) consuming my times a lot. Since it open in July 2013 i had employ 3 shops assistants in and out, they all were working for a few months and left with a reason not interest in sewing! oh my...the shop is a paradise for me as i really most wanted to be surrounding a pile of fabrics and sewing gadgets. But the beauty of fabric and adorable gadgets were not attracted them to stay longer assist me in the shop. well...modern teenagers! not many having interest and like to be involved in tradition activity and industry- a seamstress. And to ease my problem i ask my niece to take care of the shop for a while during her long school holiday for stpm result and it almost a month, and my life more easier.  But i have to figure out a long term plan in the future...if she is no longer can't help me for her real future life?!

i don't feel like to think about it today and tomorrow...and next tomorrow too.  let me enjoy my sewing planner and give me sometime to entertain my customers!

to my customers: thank you for the supports given all this while.

i have to go, i will be back sooner or later...hihihii...by the way here is a link that might be you need to shop somethings you need..


https://www.facebook.com/pages/Handmade-Cottage-Pusat-Jahitan-Kraf/194171880754398

enjoy your weekend.

Wednesday, April 27, 2011

berehat sebentar..

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume..

minta maaf sbb lama tak update blog kesayanga saye ni..bebanan kerja di pejabat dan tanggugjawab sebagai isteri dan ibu buat saya haru biru dalam sebulan dua ni. ini kerana wilayah kerja mr hubby yg makin meluas-memaksa beliau kerap outstation dari duk kat rumah..hihihihi, so sy la yg jadi dirver kpd anak comel kami pegi n balik dr taska. Dan bermula awal tahun yg lepas sy juga mengalami 'evolusi'(hahahaha) baru dan anjakan dalam tugas sy sebagai pekerja kepada majikan, tanggunjawab sebagai 'lady bos' dari 3 kakitangan kepada 4 orang kakitangan yg sume nya lelaki ini amat mencabar dan 'mendebarkan' setiap hari, belum lagi menghadai karenah dan masalah pelanggan yang tidak pernah tidak ade setiap hari.

menghadapi 4 kakitangan lelaki seperti menjadi pengasuh kepada 4 orang anak kecil, memerlukan kesabaran dan 4 cara yang berbeza setiap orang membuatkan saya kadang2 hilang sabar sekejap bila sesuatu masalah timbul serentak disebabkan kecuaian kakitangan kerana tidak mempraktikan sop yg telah ditetapkan...fuhh persekitaran begini buat saya semakin hari semakin byk belajar tentang kesabaran..tetapi sy tidak pernah mengenepikan ketegasan dalam menjalankan tugasan kerana itu ia jugak merupakan tekanan hebat buat saya!

mmmmmm daa melalut kemana saya ni....tujuan asal nk memberitahu bahawa keinginan utk menjahit tidak pernah pudar.  sy mesti melakukannya!

Thursday, January 13, 2011

free gift frm brother

sy sesaje nk show off free gift yg sy dpt masa g kedai jahit inai beberapa hari lalu...masa sy msuk kedai tu dia orang tengah menyusun beg2 free gift ni kata kaunter, katanya free gift ni utk cutomer yg beli mesin brother jew...bila sy bagitau adik tu sy pernah beli mesin jait brother setahun lps dia gelak...
''kak gift ni utk org beli hari ni atau slps ni sehingga abis hadiah ni......''
sy kata ''oooooooooooooo'' pastu sy panggil staff kat dlm kaunter..''miss chan, sy tak dapat kew?''
miss chan senyum. ''bagila akak satu....'' .  yeszzzzzzzzzzzz....

ini lah brg sy dpt:(tak seberapa pun tp klu free tu mmg sonok la nk angkut


benda ni la sy nk sgt sebenarnya...ape ke namanya-lint roll?!, utk sapu habuk atau benang yg melekat kat baju...kan?

segala jenis jarum ini pon sy rasa takan guna smpai dia berkarat...hihih jarum ni utk jait fabrik yg kasar2 cam guni n buat tilam..


Sunday, October 10, 2010

Aktiviti 10.10.10

Ada ramai orang memilih tarikh hari ni 10.10.10 untuk memahatkan kenangan terindah dalam hidup masing2, ramai yang bertunang dan berkahwin pda hari ini termsuk celebriti malaysia termsuk Angkasawan negara.  dan anak jiran sebelah rumah saya juga menjadikan hari ni hari pertama berniaga restoran di kawasan perumahan rumah ini juga. Harap beliau terus maju dengan impiannya, setelah baru saja berjaya menamatkan pengajiannya dlm bidang catering baru2 ini.  dlm usia muda lg beliau bersemangat dan berani utk menceburi bidang perniagaan makanan ini.

semoga hari ini menjadi sejarah tersendiri dalam kehidupan masing2..

Wednesday, September 29, 2010

kerna chinta....

Kalu tgk tajuk tu mesti org pikir sy tgk drama akasia 'Chinta' ni, layan la jugak tp post ni bkn sbb drama tu, takde kena mengena pun, tp pasal cinta jugak la, dimana zaman dolu-dolu mak bapak kita eja cinta- C H I N TA..

Dah agak lama sy tak buat n3 kat belog jahitan ni, masa sesangat terbatas untuk sy berkarya..(ewah!).  Profession jahitan adalah kerjaya sampingan kerana minat, tp kewajipan hakiki iaitu kerja 9 to 5, dan tanggujawab sbg suri rumah, isteri dan ibu menuntut masa yang panjang juga menyebabkan sy menyepikan diri dri dunia belog untuk sementara, namun aktiviti jahitan masih diteruskan mengikut kelapangan asalkan 2 orang yang sy cintai itu tidak terasa terabai...sy tak mahu minat sy ini akan menjadi isu dalam perhubungan kami ini, semuanya kerana chinta!!

sy merasakan puteri 'kechintaan' sy itu memerlukan lebih perhatian dr sy kerana dia semakin membesar dan dalam proses pembelajaran yang cukup memberi sy tekanan!!  sy perlu memberi sepenuh perhatian! si cilik sy mmg kanak yg super aktif...dan berfikiran matang dr usia...cuma katanya saja tidak sebulat sebutan kanak2 lain seusia nya. yang paling penting dia sentiasa sihat, krna itu sy memohon pd diri sendiri untuk slow down ape jua aktiviti jahitan semata-mata  ingin bersama si kenit tu....bagi seminit pun begitu bermakna bila bersamanya...layanzz gambar2 dia..(ingin sekali sya post gambar kami sekeluarga semasa hari raya lps tp kerana sy tidak bertudung semasa bergambar, niat tu terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan!!)

dgn cousin fatin humaira


asal je nk snap gambar dia mesti nk pose ngan bear dan garffie

eh...gambar langsir baru pun ade...hihihi muat je la..
di pagi raya...baju kurung tu ibu yang jait!
ni tak ingt dah bila masa...elok je dia posing!


di pantai batu buruk, kuala terengganu, perjalanan balik dr kg -ktn


mc donald TC seminggu lps raya

pemandangan indah di TC


kami bertiga jew...bila nk ber4 atau 5?huhuhu...


playground di TC


ni pun tak henggat masa bila






rumah tok wan termerloh bln ramadhan lepas...tgk la tahap kebuasannya
bakul kain pun jadi mainan!!



playground di pusat perdagangan mahkota

(tak terlambat lagi kan nk ucap)
selamat hari raya aidilditri
maaf zahir & batin

sekian, terima kasih.
jumpa lagi.........

Saturday, August 7, 2010

BILA PAPA Z JADI IBU.....

Salam semua.
Semakin hari semakin kurang n3 utk blog sy ni, alasannye cam biasa la-TAK DE MASA, MALAS! tapi alasan terbaru ni mmg real and betul2 tak dapat mengadap lappy teman setia i ni. Yang real nye sy baru lepas menjalani pembedahan kecik rhinonitis, sinusiti ke atau seumpamanya la kann,bagi membuang polip, cecair n nanah yg ade dalam rongga hidung ni, procedure lazer jugak dibuat bagi menyahkan polip yg tumbuh di belakang hidung sy ni, yg menyebabkan hidung sy tersumbat!! wlaupun simple surgery tp kesan nya amat menyeksakan sy kerana kesan GA, pedih n senak di bahagian hidung, ulser di baahagian mulut n tekak yg dasyat sampaikan sy takut nk menguap atau batuk, hatta menelan air putih!! memeritkan seakan2 tekak sy ni di staple! hidung pula disumbat dan menafas melalui mulut sahaja.  terlantar di Kuantan medical centre selama 4 hari 3 malam..dan berehat dirumah selama seminggu buat sy cam hilang kaki, rest in bed! sy lebih rela menahan sakit ketika bersalin dari menghadapi surgery cam nih! sehingga hari ini tekak sy masih terasa perit bila menelan nasi dan lauk2 keras, tp sudah 2 minnggu saya dok telan bubur nasi! kerana ni aktiviti menjahit pun tak dapat dilaksanakan! ehhhh ni dah lari tajuk rrrr...

sebenarnya sy nk cite pasal my hubby yg menjadi pengasuh bila ketiadaan sy di rumah beberapa hari tu. Kesian pulak bila tgk dia menggalas tanggunjawab sy sebelum ni tp mujur juga hanya beberapa hari,klu tak sy rasa dia akan surrender, sebab dia dah surrender hari terakhir sy di wad. manakan tidak pagi2 kena bangun, hantar anak ke taska, p keje , kebetulan masa sy di KMC dia membuat kerja di site yg jauh dari daerah ktn nih dan keja sampai lewat ptg pulak, lps keje terkejar2 amik anak kat taska then siapkan anak kemudian datang melawat sy di wad, kemudian balik tido kan anak pulak, sy tau rutin itu amat memenatkan, belum lagi cite pasal karenah puteri kesayangan dia tu yg hiperaktif yg amat! saya sengaja tidak meminta bantuan dari sesiapa sbb sy nk dia belajar n merasakan sendiri menjadi suri rumah yg berkerja! walaubagaimana pun klu buleh sy nk beri dia award sbb telah berjaya melepasi keadaan itu tanpa ada masalah.sy jugak nk ucap '' THANK U AND LOVE U SO MUCH''! hihihi sbb bila balik dr hospital rumah bersih n kemas!!

ni list yg sy tampal kat dinding bilik anak supaya tak teringgal barang keperluan ka di taska semasa ketiadaan sy


Day 3 post opp, dah buka sitich kat dlm hidung


salah sorang pelawat, wani-my nephew, and budak tecik tu mesti la pelawat ibu yg setia tiap2 mlm


hoolaaa...happy weekend dan enjoy your life!

Wednesday, July 21, 2010

siaran tergendala...

minta maaf, siaran post2 jahitan tergendala kerana sedang menyiapkan tempahan tudung dan yang paling mengecewakan kerana mesin jahit tepi meragam dah 2 minggu, sekali merajuk sekali dia ok, so banyak la kerja yang tertangguh.(sebenarnya tak dop mende nk cite tapi gian nk post n3!!)

harap maklum.

Tuesday, June 29, 2010

Rintangan, cabaran, harapan menuju puncak

Sudah berapa minggu sy tak kunjung belog sy ni, dah jauh ketinggalan berbanding ngan kekawan lain yg semakin produktif dan kreatif.  Frankly i memamg jeles dgn kekawan yg boleh tercongok mengadap mesin jait dan menghasilkan produk jahitan yang comel2 dan berkualiti. Sy jugak ingin menjadi spt mereka! Ingin jugak tahu camner mereka ni buleh bagikan masa bersama anak2, kerja dan menjait dalam masa yg sama? Dia org diberi masa lebih panjang dari sy kah?atau sy sememangnya lemah dlm menguruskan masa sy sendiri. atau sy tidak boleh langsung berkorban masa2 tido sy dan masa bersama suami n anak? entah lah..byak kemungkinan yg menjadi alasan sy---bkn kemungkinan, tp mmg dah menjadi alasan kenapa sy tidak boleh berkompromi pasal masa bersama 2 insan yang sy sayang tu..utk mengadap mesin jait...lemah semangat rasa!

Dan selagi bergelar manusia sy mmg insan yg lemah! Terlalu banyak sy nk buat tp sakan jugak alasan sy cipat supaya sy menangguhkan benda yg nk dibuat tu, dan spt selalu sy salahkan masa! Masa terlalu pantas berlalu, takde masa, tak cukup masa...dan mcm2 lagi la kannnn...apa2 pun sy harap slowly dapat lupuskan alasan2 tu demi cita2 n harapan sy...ok.

so, sepanjang masa yg berlalu tu sy ade jugak melakukan aktviti jait menjahit tp tak sempat nk update kat belog pun. hari ni pun sy hanya menulis n sembang2 kosong je sbb dah ade masa terluang ni kannn..ape lagi amik kesempatan la. sambil2 tu saya sedang merancang untuk lebih maju dalam apa yg saya ceburkan diri ini. harap2 ianya menjadi kenyataan dengan Izin Nya.

salam hormat.

Friday, June 11, 2010

RMK-10

Salam pagi Jumaat, semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah.

Sepeti yg kekwang tgk tajuk di atas tu, sy merasa terpanggil untuk merumuskan RMK-10 yg di gagaskan oleh PM kita semalam.seperti kita sedia maklum PM telah mengumumkan sebanyan RM230 billion peruntukkan utk RMK-10 ini, ia merangkumi 10 perkara yg disenaraikan yg akan memacu kehidupan kita sbg rakyat Malayisa ke arah kecemerlangan dari segi ekonomi, sosial dan politik.  Tidak boleh tidak ketiga-tiga bidang(ekonomi, sosial n politik) ini adalah kembar 3 yang tidak boleh dipisahkan dan ia berkait rapat antara satu sama lain.  Semalam PM byk menegaskan 1Malaysia akan membawa kepada kecemerlangan ketiga2 elemen itu, pokok pangkal nya KERJASAMA dalam apa jua yg kita lakukan.  Kerana itu lah 10 gagasan yg dibentagkan banyak elemen2 KERJASAMA. 10 gagasan itu juga saling berkait antara satu sama lain.  Apa yg menarik pada saya dalam 10 gagasan itu ialah PM menjayakan produktiviti dan inovasi, kerajaan akan menyokong dan membantu produk dan inovasi tempatan yang akan mendorong rakyat lebih berusaha memajukan diri  dalam bidang memasing dan jika semua rakyat meyahut cabaran tersebut dan menjadikannya satu platform dalam kehidupan saya jamin rakyat Malaysia akan bertambah maju seiring dengan keutuhan modal insan yang unggul, dan menjadikan kita lebih kuat menghadapi isu dunia global yang kini sukar diramal.
Dibawah ini sy senaraikan 10 gagasan atau objektif RMK-10 tersebut untuk direnungkan dan aplikasikan dalam kehidupan kita seharian-kerana ini bukan hanya tanggunjawab org2 politik yang mengubal RMK-10 tapi tanggunjawab kita sebagai rakyat Malayisa dan khalifah di bumi Allah ini. renung2kan:

1. Memancu ekonomi domestik dgn keperkaan persekitaran luar negare;
2. memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sbg satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
3. Mentranformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menersi pengkhususan;
4. Menjayakanperumbuhan yg dipacu oleh produktiviti dan inovasi;
5. Memastikan peluang saksama dan  melindungi golongan mudah terjejas;
6. memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
7. Pertubuhan bertumpu dan pembangunan inklusif;
8. Penyokong perkongsian pintar;
9. Menghargai Khazanah alam sekitar;
10. Kerajaan umpama syrikat yg berdaya saing.

SUMBER:Harian Metro

Sama2 la kita menghayati dan merealisasikan RMK-10 dengan memajukan dan melengkapkan diri dengan apa jua ilmu yg mampu kita pelajari dan titipkan azam utk memajukan diri kita setiap hari bila bangun pagi. Insyallah.

Wednesday, May 19, 2010

KINI KU KEMBALI....


Alhamdulilah.....ada jugak masa untuk update belog saya yang dah hampir 20 hari tak dijengok..kesian! lama tol saya abaikan belog kesayangan saya ni...hhehehe, bukan dah tak sayang.. tapi masa untuk bersantai sangat minima walaupun saya mempunyai masa sama ngan org2 lain-24jam! Agaknya saya lemah dalam pengurusan masa!!, itu satu hal tapi yang saya tak buleh nk elak ialah bila saya diserang hendap ngan SINUS-akibat kedegilan saya menikmati seafood dengan dasatnyer beberapa minggu lepas!, so lepas mkn terima la padahnya, takde obat dibuatnya!! Kedian saya sibuk pula ngan kerja2 opis-p sana, p sini...buat tu buat ni...tengok2 hari ni dah 19haribulan!! mak ai cepat betol masa lalu, terasa cam semalam baru p mkn roti cepati kat kemaman, tp sebenarnya dah 2 minggu berlalu! walaupun masa untuk menjahit amatla skit dalam bulan ni tapi saya sempat jugak buat beberapa hasil jahitan-bagi melepaskan gian menjahit!.

pillow case milik comel ibu ni, saya jahit 2 minggu lepas. saya recycle sarung bantal peluk yang tak penah diguna, ni la hasilnya:


sarung bantal peluk asal


dapat 3 sarung bantak kecil Khadijah Anisa-1 lagi tak dan ambik gambar


ni corak lain lak..dapat 2 sarung bantal peluk n 1 bantal KA


KA bersama2 bantal barunyer(sarung he baru!!!)---sonok la dia sampai tido menongeng atas bantal.

nti saya update lagi...nak mandikan budak kenit ni yang tak berapa sihat ni pula dua tiga hari ni...

bye bye....

Saturday, May 1, 2010

1st in Mei

sebenarnya sy nk post dress budak kenit yg syg jahit kemarin mlm, tp gambar tak amik la lgi la pulak, nk snap skg rasanya tak berapa nk nampak la kecantikannya-wakakaka, cantik sgt la tu kann!. sebenarnya sy nk buat n3 dress tu n3 last utk april tp tak kesampaian so tundala jadi n3 bln 5 la pulak, tu pun esok la baru jadi n3 kot.

so skg sy nk ucapkan sselamat berbulan Mei, dah 4 bulan dah kita lepas, tp harapan yang ada masih tinggal harapan lagi, tak jadi realiti lagi. tp tak sume harapan tak jadi realiti, ade jugak sudah menjadi, mungkin yg tak jadi tu belum rezeki lagi kann?!!! takpe kita doakan lagi yer...! cuma tak buleh kecewa sgt, jadikan sbg cabaran dlm kehidupan, klu tade cabaran manakan nk katakan kehidupan yer tak? so life must go on whatever it takes!-ni nk marah tahap nk giler pd sesorang sebenarnya tp control je, itu pasal terjadi n3 ni...bkn tak buleh klu sy tak kisah pn tp dia dah menjadi2 bangangnyer cam keldai,mmg bkn rugi sy klu dia jadicam keldai tp tak padan ngan empunyer diri! penting kan diri sendiri ade lah............sapa nk jawab klu kenal ngan org tp pikiran cam keldai? lantak la malas nk pk dah...

Tuesday, April 27, 2010

awards


First time dapat award sejak blogging hampir setahun-patut tak penah dapat sbb baru je kann...masih belajar lagi.  award ni dari Ajnie, she is my younger sister, patutnya i bagi dia award sbb dia lah yg encourage i blogging and dia jugak byk bagi i information pasal blog2 jahitan. i serius dgn jahitan ni pun sbb dia jugak la-sbb dia tak de keje kat opis! hehehehe...so skg ni we share everyting about sewing!.

Dikesempatan ni jugak i nk ucapkan selamat berjaya kat sister i tu sbb akan menamatkan zaman makan gajinya sbb nk jadi usahawan!-Dia dah serius menjahit tudung, skg dah tak cukup kakitangan dan mesin jahit dah nk siapkan tempahan-(sy bercadang nk mintak keje ngan dia sbg tukang potong!,kih kih kih..leh ke tokey?) so sesiapa ygn nk tempah tudung leh klik sini -sume customade tudung dan harga mmg berbaloi-baloi, weh kira jadi promoter lak aku ni, kena mintak komisen nih..

so thank u for award yer ajnie.nti aku belanja nasi kukus nti ngko dtg sini.

Sunday, April 25, 2010

Happy birthday to ME....

Mmmmm nampak sangat desperate nk hadiah! sbb tu menguar2 kan dlm blog!huhuhu...kata la nk kata ape pun tp sy tak harap nk dapat hadiah dr org lain..alkisah rasa takpatut si dia buat2 tak tahu je sejak semalam,balik dr Duta sand pun melonggok dpn tv jap pastu dia kuar lagi maghrib baru balik, cuma ucapan birthday dengan sms kul 12.03 minit mlm tadi! Pastu ptg tadi ajak minum teh kedai mamak-restoran taj kat depan rumah!!biar patut! Takde birthday diner, takde birthday date ke apa2 yang istimewa....biar patut! Ke sebab aniversary akhir mac lepas dia dah bagi hadiah istimewa-(taknak cite apa dia bagi utk aniversary kami tu nanti ade org jeles and kata i nk nunjuk2 pulak-hehehehehe-biar lah rahsia.. sabor je!) so dah takde hadiah birthday, biar benar!! tahun2 lepas tak camtu pun, mesti dapat 2 hadiah 28/3 dan 25/4....esok dia dah nk g kl, bile lagi nk bagi hadiah ni.....ke nk kena mintak2 lak...nyampah tol la buat suspen je!!

cakap pasal birthday...i teringat masa 1st time i celebrate birthday ngan husben, dia bwk kek birthday n hadiah buku motivasi islamik dr ktn ke kb, terharu sgt sbb dari jauh dia berusaha mengembirakkan hati ini.  Lepas tiup lilin tu i bagi tau dia i taknak tiup lilin lg lps ni sbb i tak suke kek....sebenarnya i tak suke kek yang dia beli, dia tak reti n tak tau pilih kek yang i suke sbb baru kawin kan-kami tak bercinta pun  so tak tau sgt kegemaran memasing...sejak hari tu dia pun tak beli kek samada annivesary atau birthday sebab dia sebenarnya tak suka kek-tau makan karipap je!
wokeh r...rasanya cukup r, sekurang2 nya n3 ni leh buat hati senang! takpe la takdapat hari ni, mungkin esok mungkin lusa, tulat, tubing...........?

Friday, April 23, 2010

n3 sempoi..

Kalau boleh memamg nk update blog dengan n3 jahitan tiap2 hari, tapi masa tersangat singkat rasanya sekarang nih, nk tengok email pun tak sempat! Sekarang ni sy tengah usahakan konsep 5's di pejabat, klu orang gomen dah lama dia org buat benda tu kat jabatan memasing...tp sy baru dapat arahan untuk guna pakai 5's ni awal tahun ni, tp tahap kemalasan memuncak masa tu lagi pun tak dapat info yang lengkap utk siapkannya, tapi -(byk nya tapi) masa kolokium hari tu dah diarahkan untuk menyiapkannya secepat mungkin.  so skg nih i tengah berhempas pulas menyiapkannya sebaik mungkin-ikut kederat i la kan..

so n3 ni hanyalah untuk mengisi waktu rehat yang panjang( tak la panjang sgt pon) pada hari jumaat! sepatutnya i buat n3 beg teleon bimbit yg i buat mlm kemarin tp lupa pulok nk amik gambar.  Bila kat rumah lupa daratan dan lautan walupun ada b.band tak nyempat jugak pn nk buat n3! Masa dipenuhi melayan si kenit yang bermacam ragam, tambahan pula si ayah pun sibuk memanjang! Nanti jangan si ayah menyesal bila sedar2 tengok anak dah besar-jadi anak dara sunti, dah tak nak main2 dgn si ayah lagi. dan si ayah akan terlepas hari2 yang menyeronokan melihat anak membesar-dimana disitu la kebahagian dan buat hati kita berbunga2 dek karenah anak2, kan? Keupayaan anak2 juga mejadi ukuran tanggunajwab sebgai ibu bapa sebenarnya.Disitu la cabarannya, klu kita melepasi cabaran itu dan anak itu nampak 'berhasil', itu la kejayaan kita sbg ibu bapa.  So bagaimana nk ukur kebolehan dan keupayaan kita mendidik anak2 yang berjaya-berjaya dlm ertikata berjaya dalam hidup, tak semestinya masuk u atau mana2 pusat akademik tertinggi, tp anak yg boleh pikir masa depan dan tak menyusahkan mak bapak) klau kita( ibubapa) hanya mementingkan hal2 lain dari meluangkan masa berkualiti bersama anak2? Klu dah sume anak2 dah tak 'menjadi'-bkn cacat yer tapi anak yang tak reti nak buat apa selain makan minum, tido dan buat apa yg disuruh saja, siapa yang nk disalahkan, fasa pertama tu, bkn salah anak pun, mmg salah ibu bapa sbb tak mendidik anak dengan ilmu kehidupan, bela anak cam bela lembu, kambing, memag la lembu dan kambing tu mahal harganya klu dijual, tp klu manusia dibela cam lembu kambing, ade harga ke?..fasa ke 2, salah anak jugak sbb dah besar panjang pun takde keupayaan utk keluar dari kandang lembu kambing! kenapa yer?..mmm kena berbalik ke fasa pertama, sbb mak ayah tak ajar! salah lagi mak bapak!..klu mak bapak tak nak menyesal dan disalahkan dalam fasa kehidupan anak2 yang tidak berjaya tolong lah, tolong la didik anak2 jadi manusia yang buleh hidup di dunia sekarang ni, yang memerlukan pemikiran dan pertimbangan yang sebaik mungkin, dunia makin mencabar! tp ada lagi mak bapak yang kepik anak yang berumur 20-26 bwah ketiak, cucuk hidung cam lembu! eh dah melalut sakan dah ni...naper tetiba emo nih, sume lembu kerbau kuar ni! isk,,isk..ok ok ok...kita tamat je la kat sini.

p/s:
harapan i pada si kenit mmg tinggi, semoga dia menjadi seorang manusia yang berguna dunia dan akhirat! semoga dia dapat membahgiakan dan membanggkan ayah dan ibu, insyallah yer sayang!

Wednesday, April 21, 2010

Kolokium pegawai2.....di KTC

Pada 18 April baru ni, i menghadiri kolokium pegawai company tempat i keje di KTC-kelantan Trade centre di kota bharu, kelate-tempat asal n tumpah darah i!!-bukan setakat darah je tumpah kt kb tu tapi sume yg boleh tumpah dah tumpah dah, air mata tumpah tu tak yah cite la..mmg sakan benor!.

Majlis ni berlangsung satu hari suntuk dari kul 8.30 hingga 5.30-terbabas dari jadual asal sepatutnya 4.30 je tapi byk sgt pesanan penutup dari KE yang patut sume pegwai galas sebagai tanggungjawab demi mengekal kan prestasi dan kegemilangan syarikat yang dinaungi Kerajaan Negeri. ewahhhh.....berucap dah maca KE!!.

so ini la gambar2 yang sempat i snap..sebenarnya ni gambar yang dah petang, mata sume kuyu dan dah tak tahan kesejukan dalam dewan!! layanzzzzzz...

Pn Pizza...dengan khayalannya..


Pn mastura & Pn Anis yang sememangnya dah ready utk diamik gambar sbb tu tersenyum lebar jewww..ingt nk amik gambar candid je!!


ni obat ngantuk..


sebahagian perserta lelaki, kerusi dah byk kosong...ngular nih!


masa lunch break...sempat posing sblm masuk dewan mkn


Tembam nye budak tudung hitam tu..bersama Pn Zaililah & Pn Habibah.


Alas gelas ni..

Tuan2 dan Puan2 sume Kelantan Trade Centre(KTC) ni salah satu hotel yang terbaru di Kelantan, lokasi bersebelahan Hotel Perdana, diatas hotel ini merupakan unit2 apartment yang cantik dengan design yang menarik.  Sempat snap gambar di lobi...




penuh dengan dekorasi dan ukiran melayu lama asli Kelantan terutama pada panel2 kayu di dinding.

Kepada pengunjung2 ke kelantan cuba la try test duk di hotel ni kerana ia berbaloi baloi!!

sini hanya lah ikan iklan tak berbayar...tiada sapa yang suruh pun tp i saja nk promo tempat tumpah, darah, air mata dan peluh i-kota bharu bandaraya islam..sesiapa yang nk view lebih lanjut pasal KTC ni klik sini

sekian, wassalam.

Thursday, April 15, 2010

sumenya ade hikmah

Kalau la sume orang pecaya hikmah dan pengajaran disebalik kepayah, kesusahan, kemiskinan, kesedihan dan lain Ke.......an lagi maka kita sume akan hidup dengan penuh keredhaan, bila kita redha kita akan terasa ringan beban yg kita tanggung. bebanan tu sebenarnya cuma fantasi dan bayangan dalam kepala kita bila kita tidak dapat sesuatu yang kita inginkan seperti orang lain. Untuk mendapat keredhaan hati mestilah bersih dan percaya Allah maha adil kepada setiap hambanya, Allah maha mengetahui, Allah berkuasa melakukan apa saja.  bila kita percaya dunia ini bukan milik manusia maka hidup kita tidak akan terbeban dengan kemahuan dan keinginan yang tak patut kita ada pun.  so bila kita berfikir begitu hati kita akan jadi lapang, so bila hati lapang tidak la terasa terbeban dengan masalah kita.  Betul...mungkin akan ada orang kata...engko buleh la cakap cam tu sbb engko dah senang!   Bukan sbb kita senang... bukan senang nk senang! Orang nampak kita senang sebab dia tak nampak kita susah..yang susah adalah bila kita mengikut kehendak dan keinginan yang tak tercapai. orang nampak kita senang bila kita dah dapat tukar keinginan/kehendak/nafsu kita dengan keredhan! pertukaran itu la memerlukan pengorbanan perasaan dan memerlukan akal yang betol2 waaras dan stabil untuk menterbalikkan kesedihan, sesusahan dan kepayahan tadi.( uik..tul ke aku nih?!!).

dan bila kita terasa kita ditipu atau dipergunakan cepat2 la beristiqrfa, menyebut kebesaran Allah selalu semoga hati kita tenang dan tak perlu melenting dan marah2 dengan org berkenaan, tpi klu boleh dapatkan penjelasan kenapa dia menipu begitu dengan cara baik, itu pun klu dia nk berkerjasama dan membuka mulut.  samada nk memaaf atau tidak terpulang tetapi kosongkan hati anda dengan rasa marah dan benci, kemudian isikan dengan keinsafan dan keredhaan-pikir ade hikmah jadi begitu dan mesti benar2 pecaya!

saya tahu ramai anda diluar sana rasa kecewa dengan kehidupan ini, speti tidak adil kan? Walau kecewa mana pun anda jangan rasa lemah-menangis lah klu itu buleh meredakan rasa tak keruan itu tapi selepas menangis bangkit lah! bangun, kata kan pada diri anda-tiada sesiapa pun yang berhak mengecewakan aku!, maka sayangi diri anda, sayang diri anda 100%, jangan bagi peluang sesiapa pun kecewakan anda! -caranya amalkan tabiat redha dan berlapang dada, percaya pada Nya. kemudian lakukan sesuatu aktiviti yang ada rasa boleh melupakan apa yg ada rasa........cam sy-menjahit!!-kira promo jait ni hehehehe...tp serius itu yang saya lakukan utk lenyapkan keresahan hati dan sakit hati! sakit kah hati ku? klu kita tak rasa sakit kita tak kan belajar...kan?! belajarlah dari kesakitan...jaga hati jangan biar ia sakit!

Friday, April 2, 2010

Al Fatihah..utk Din Beramboi

Rasanya sume rakyat malaysia dah dapat berita sedih kepermergian Din Beramboi. Walaupun kita kehilangan pelawak, pelakun dan pengacara yang berbakat besar(cehh!...cam statement karyawan filem je..), hakikatnya dia juga manusia biasa, yang hanya datang ke dunia ini kerana NYa perginya juga kerna Dia, utk kekal abadi 'disana'.  saya mmg suka dengan lawak2 Din beramboi, menemani sy setiap pagi. Kita harus redha dengan kehilangan dia, kita yang hidup ini teruskan hidup dengan penuh keinsafaan dan beringat bahwa dunia ini hanya pinjaman dari Nya. Alfatihan untuk Arwah Din Beramboi dan salam Takziah untuk keluarga beliau, semoga beliau di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmatNya. Amin.

Wednesday, March 31, 2010

Selamatkan Din Beramboi

Dah 2 hari saya tak dengar suara Din Beramboi bersaman Aznil di radio era pagi2 nk p keje, ingatkan dia bercuti, tapi pagi ni saya terkejut sangat bila dapat tau Din Beramboi tenat di ICU spital selayang. Sambil drive ke opis tadi bercucuralah air mata saya bila dengar peminat2 dan pendengar era yang memberi ucapan dan doa selamat utk dia.  tambahan pula bile dengar suara aznil yang serak kerna menangis buat saya lagi terharu lalu mederailah air mata ini sehingga ke opis!!! sedih nya...apa tidaknya, kalu ade orang pandang saya ketawa sambil memandu sorang2 mesti orang kata sy gila, saya bukan keseorangan sebenarnya saya setiap pagi ditemani Aznil dan Din Beramboi sebaik saja saya start enjin keta!! Jiwa yang resah buleh terbang terus bila dengar coloteh 2 orang deejay kesayangan saya tu..terutama slot sawancara dan drama sebabak  memang riuh dan kelakar abis..huhuhuhu....saya harap dan berdoa Din Beramboi akan cepat baik dan sehat seperti sedia kala, kemudian kembali menceriakan pagi saya nanti...amin

Monday, March 22, 2010

TERRRRRRRRR.........

Kita hanya merancang tuhan saja yang menentukan....itu saja la ayat yang buleh mententeramkan jiwa ini disaat ini-(cewaah!!) kerna apa yang dirancang nk buat hanya tinggal senarai utk dibuat saja.  sebab i dah terlencong ke lain!! Rancangan nk menjait dah terbubar secara emergency....i dah TERRRRRmengikut mr Hubbi g KL pada petang jumaat tu.
Kat KL pulak i TERRRRRRRPEGI to Nagoya, so kat sana i TERRRRRRR BELI LA  kain cotton, sungguh pun banyak kain yang i berkenan tapi amat sedikit sahaja yang i mampu beli pada ketika itu, almaklumlah kann...tengah2 bulan ni.  sedih sungguh rasa bile nak meninggalkan nagoya time tu, rasa tak cukup kain yang dibeli!! hahahaaa...enjoy the picture yer..

ini aje kain cotton yg sy terrrrbeli...


fuhooo...ini kain cotton untuk bedsheet anak dara kecik molek i tu...4 1/2 meter cukup untuk bedsheet size queen, 2 bantal & 1 bantal peluk, tapi i tak nak buat bantal peluk, i mmg tak suke pantal peluk...

tapi........

i tak sure bile kain ni akan jadi bedsheet!!!



Wednesday, March 17, 2010

pasif week.

Salam 1Malaysia...

Dalam keghairahan nk menjahit, keje opis pulak yang menyesakkan, bile dah balik umah mind & tubuh pun dah letih, KA pun nak kena layan, ayah dia ape lagi kannn....!!!silap hari bulan ayah dia merajuk mengalahkan KA!! so sejak ahad lepas aku tak sentuh mesin jait pun...ku tunggu masa yg sesuai supaya aku aman dalam dalam bilik jait tu..tak lama dah..hehehehe-esok MR Hubby g outstation lagi hingga ahad ni,bkn aku gumbira dia takde kat umah(jangan..fitnah tu, klu buleh 24jam nak disisinya!!)-weh emo pulak!, bile dia outstation buleh la aku merempit ngan mesih jait-itu pun klu KA memahami....
Nak buat apa?mmm...byk  benda nk jait sebenarnya, antaranya:
(no ikut priority..)
1. Dress Along, (bkn Ah Long pinjam duit yer...nama manja customer i)
2. Kusyen jom jait (ntah bile tarikh tutupnyer!)
3. Alas meja bulat
4. langsir master bedroom

......dan banyak lagi la, tapi rasanya itu je buleh buat dalam masa terdekat nih-itu pun klu ade peluang.

sekian terima kasih tuan2 & puan2 yang membaca belog i ni..sehingga kita jumpe lagi yer.-ayat perasan la ni, bajet ramai peminat!!