Pantasnya masa berlalu pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun 2012, tahun ni tak banyak entry yg dipost, banyak halangan yang merintang disamping FB yang menjadi saingan menyebabkan blog dipandang sepi.Tp hajat untuk mengupdate blog sentiasa ade dlm hati tp tak sempat direalisaikan disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Saya sungguh berharap tahun2 akan datang akan memberi lebih peluang utk sy membuat projek jahitan dan mengisi blog ini dengan hasil2 yang lebih baik dari semasa ke semasa.
So bagi mengakhiri tahun 2012 ini sy dengan sukarela posting hasil terbaru sy sbg last posting utk tahun ini
Antara yg terbaru..pyramid pouch
Bathrobe utk pengantin baru,sulaman just married dan ladybug
Towel sulam
Beg sulam utk pengantin, menggantikan pembalut hadiah
bhg belakang
bhg depan
Towel utk teacher sekolah anak-sulam ladybug
w.i.p projek single quilt
w.i.p:baby quilt(belum di binding)
w.i.p hexi projek
that's all i can upload pic for this entry..since we meet again next year..wish u all happy new year and good luck for all..thank you for the support.
Welcome 2013