Thursday, December 31, 2009

happy birthday to mr twin-amar & amir


Hapy birthday to u ..hapy birthday to u..happy birthday to Long & Ngah...

sebenarnya birthday mr twin ni dah dicelebrate terlebih awal pada 19/12 hari tu semasa dia orang berkunjung ke rumah aku hari tu...buat surprise party kat dia orang ni..tetapi sebenarnya dia orang dah leh agak daaaa.  tahun ni aku hadiahkan setiap sorang 2 helai tshirt...iskh mane gambar budak2 ni...tak dapat dikesan gambar nyer..sori gambar birthaday boy tak de dalam kamera aku nih..anyway...good luck guys in u'r live..

Aksi akhir 2009

suke aku nengok gambar2 si kenik ni..

bertoncang...suke la dia


spice girl..hwawawa



i'm hungry...and so hot!(kat masjid Jempol)


duk kira buah limau...


uish...garangnyer...


muka blurr..


sukenye dia..


anak sapa la ni...jepun,cina,korea?swadikapppp...

sonok tgk si kenik ni membesar, rasa baru semalam melahirkan dia, skg dah besar dah anak ibu ni..wlu pun penat ibu melayan karenah mu tapi kamu membahagiankan ibu sayang...

welcome 2010, good bye 2009

Salam semua,


Agak lama tak update blog..,bz sesangat pasai ujung tahun ni keje opis pun nk kena updated gak, dari bulan 11 lagi audit berderet-deret keluar masuk –audit operasi la, audit keselamatan lah, then 28hb lepas stok take la pulak then hari ni dijangka audit luar yang sepatut nye datang bersama pada stok take lepas tetepi kerana hal tertentu diaorang dijangka datang hari ni…aduss…pasni borang KPI yang dah berdebu atas tray tu pun nk kena disisi n hantar gak, dah sampai masa ni…fenat fenat!!! Sekali pasukan audit datang sekali lutut kaki ku mengggeletar takut jugak semasa lawatan dia orang datang jadi perkara yang tak diingini..!!! Alhamdulillah so far tanggungjawab ku belum lagi dicabar dengan perkara yang bukan2.mmmm..tu cite opis skg masuk cite pindah rumah dengan barang 3 lori 3 tan, sampai sekarang pun ade lagi kotak yang tak berbuka untuk dikemaskan!! Tetapi dah di tahap amat selesa n selamat untuk didiami. kotak yang belum bebuka tu sememangnya barang yang sepatutnya aku dah buang tapi masih terasa sayang! Apa nk buat…. penyakit keturunan yang suka menyimpan barang yang tak digunakan!! Tapi sejak pindah ni dah byk jugak barang yang dulu aku tak nk buang aku buang juga…dipaksa oleh si hubby yang tak reti hargai sentimental value!!

Dah berminggu aku cuba nk update blog ni tapi tak jugak sempat2 kerana kepenatan n kesibukan dgn kerja opis and mengemas rumah buruk yang baru aku duduk ni..mujur juga aku bukan ibu yang ada anak bersekolah klu tidak harus aku pengsan menguruskan persedian sesi persekolah yang akan bermula kurang dari seminggu lagi…

Mood sewing aku melayang entah kemana, list projek aku pun ntah tersangkut kat mana-mana, and baju customer yang patut aku siapkan pun dah terbenam didlm kotak mana ntah.. blank trus pasal jahit menjahit ni and aku mmg dah lama tak sentuh si itam n si putih kat dalam bilik bawah tu..mmmmm nk bagi tau, si itam n si putih tu dah ade bilik sendiri.. tak lagi share ngan buku2 behabuk cam dulu…..bilik buku sepatut nya dulu bilik study tetapi sejak aku abis belajar aku lebih suka guna nama bilik buku sbb tak de sapa pun nk studi kat situ lagi, kadang2 saja masuk utk surft internet, selebihnya aku masuk untuk menjahit. Tapi skg ni bilik itam n puith lebih special sb aku dah ade set bilik jahit yang selesa siap dengan alamari utk mangatur n mengisi barang2 jahitanku, aku dah ade meja kerja jahit sendiri.. Nampak organized la kan…wlupun bilik tu sunyi sepi buat masa sekarang nih, sbb mood menjahit lum timbul2 lagi..tapi aku hsarap sewing mood tu akan timbul bile tiba nya tahun baru 2010 nanti, tak sampai 24jam lagi!! Yang penting aku dah ade ‘Kedai Jahit’!! itu pasal la cik hubby aku duk tanya "bile nk buka kedai jahit ni? dah lama tutupnyer..." and dia senyum kambing bile aku merenggek mintak belikan mesin sulam pula...' dh ade 3 mesin jahit..tak cukup lagi?''..mesin sulam la bang.....lum ade lagi daaa..beli ek?

AZAM 2010?... Apa azam tahun baru? Ntah la aku tak penah ade azam rasanya…atau pun aku dah lupa kot…ahaks..masa sekolah2 dulu ade la selalu tulis azam dalam dairy bile nk tiba tahun baru..tapi bila dah lama2 cam tak realistic lak bile tulis azam2 tu sebab kebanyakan azam2 aku tu rasanye tak penah tercapai, tu aku rasa tak perlui nk setkan azam2 tahun baru nih…tapi tak tau la klu plan tu buleh dikatakan AZAM?klu buleh..aku mmg ade plan then klu plan tu buleh dikatakan cita2? Terasa pelik pulak klu sebut cita2 masa tua2 cam gini…dulu masa sekolah tak nak belajar betul2 tapi cita2 setinggi langit…last2 awan pun tak cecah apatah lagi nk gapai langit. Then sekarang ni baru nk bercita2? Betul ke aku ni?!!...tapi aku masih ingat Datuk Dr Fadzilah berpesan kita mesti sentiasa bercita-cita bagi meniingkatkan standard kehidupan kita and cita2 tu bkn nye satu atau dua, bila dah capai satu cita kita dah stop bercita2…apa maknanya tu? Kita buleh banyak bercita2 kan? Tul tak?mmm betul la kot…bercita2 sapa tua! tapi whatever terms pun ngkorang pilih la sesedap rasa sendiri asalkan apa yang ngkorang nk ngkorang dapat,kan?sebab itu lah destinasi sebenar AZAM, CITA2, PLAN, HAJAT, HASRAT and KEMAHUAN.sume tu sama bagi aku, mengejar impian…..menuju puncak!!

Sempena tahun baru 2010 ni aku tak ingin nk menjanjikan apa-apa yang WORLD! terjadi dalam idup aku namun aku berdoa and berharap apa yang aku usahakan akan dibalas dengan keberkatan dan kenikmatan dari NYA.

Ya Allah, hanya diri Mu tahu bertapa aku amat beryukur kepada Mu kerana dikurniakan kehidupan yang sebaik ini di bumi Mu. Aku bersyukur Ya Allah kerana kau telah memilih ku untuk diuji Mu dengan rasa kehilangan yang amat merobek hati ku, namun Kau maha Adil kerana telah Kau gantikan kesemua kehilangan itu dengan yang lebih baik. aku bersyukur kerana Kau tidak pernah lupakan aku, tetapi aku insan lemah yang kadang2 melupakan Mu, ampunkan aku Ya Allah, kau ingatkan aku jika perlu. Terima kasih Ya Allah, akan aku mantapkan lagi ingatan ku pada MU, akan ku sujud Mu selagi aku mampu…jangan jauh kan aku dari Mu Ya Allah. terima kasih kerana benarkan aku menumpang di dunia MU..alhamdulilah kerana ada tempat untuk insan seperti ku..amin..

Thursday, December 17, 2009

giveaway zilakassim

salam semua kawan2... aku ada 5 ketul coin pouch suteramas nak giveaway... syaratnyerr senang jeee.... u all kena paste my posting kat blog....akan banyak giveaway nanti bila aku balik dari ganu... shopping kat kraf2 tu... so copy this posting pastu letak comment kat banyak... insyaallah setiap yg buat copy n paste serta comment akan dapat hadiah dari zilakasim.... yg 5 komen pertama akan dapat hadiah kat atas... pastu akan menyusul hadiah yg lain........... nantikan.......









note :



rugi tak joint tau, sbb akhir thn saya akan buat cabutan bertuah dari listing post... akan dapat hadiah misteri... ahhahahahhahahah... setiap peserta yg joint pasti dapat hadiah dan jgn lupa email alamat anda untuk urusan pos free gift tu yaaa... kalu tak de alamat camna nak bagi ekkkk











Regards



Zilakasim

House of Quilt & Patchwork

http://coretanseni.blogspot.com/

013-9237174

Tuesday, December 8, 2009

Depan lain Belakang lain

Masa memula jumpa n kenal dulu si A tu baik sangat dengan si B, si B pun suka la sebab orang buat baik si B pun buat baik la kan sebab dah orang buat baik, bak kata org, org berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..maka sejak dari itu bersilaturahim la mereka seadanya.  tetapi lama kelamaan si B ni merasa tak sedap rasa dengan kehadiran si A, semacam ade sesuatu di sebalik kebaikan si A.  tetapi si B tetap menganggap itu cuma mainan perasaan yang di usik saitan.  sejak perkenalan dengan si A, si B sedikit sebanyak kenal la latar belakang dan sikap sebenar si A. Si B cuba menggelak untuk berjumpa si A bagi menghidarkan sesuatu yang tidak diingini, banyak sikap si A yang tidak disenangi si B tetapi dia tidak pernah menceritakn pada sesiapa, dia hanya memendam rasa takut nanti apa yang di katakan tidak dipercayai sesiapa kerana si A nampak baik dimata sesiapa pun.  tetapi bagi si B dia merasakan si A tidak ikhlas dalam perhubungan.  maka tidak lama kemudian terjadila sesuatu peristiwa dimana terbongkar segala apa yang tertutup sebelum ini, si A sebenarnya tidak menyenangi si B,si A sendiri yang mengakui kepada si C yang si B juga kenal. Bukan setakat pengakuan itu saja malah si A menceritakan keburukan si B kepada si A.  Tidak pasti samaada betul2 keburukan si B atau cuma cerita rekaan si A.  bila mengetahui si A tidak ikhlas dalam perhubungan itu si B punya la marah n sedih bercampur kecewa kerana si A betul2 baik di depannya...malah terlebih baik.  selepas peristiwa itu si B merenggakan hubungannya dengan si A.  Bukan si B termakan cerita yang disampaikan si C semata2 tapi si A pun ade kepala otak untuk berfikir secara waras dan kebetulan cerita yang disampaikan ada dalil( buleh ke guna perkataan ni?!) dan  tanda2 sejak dari mula mereka berkenalan, cerita2 itu juga disokong oleh cerita-cerita yang lain yang menyakin si B membuat kesimpulan bahawa si A mmg tidak ikhlas dan ada niat lain dalam perhubungan itu. Dari saat itu hingga hari ini si B tidak lagi mahu berjumpa si A, alasannya si B malas nk layan orang hipokrit cam si A, buang masa dan tidak memberi manfaat pun, si B juga tidak mahu ade sebarang hubungan dengan si A lagi kerana dia pikir lebih baik tidak berjumpa dan berhubung jika tidak ikhlas dan berpura-pura saja, juga bagi menggelakkan cerita-cerita si A yang ntah apa2 tu, ....tapi si D pulak tuduh si B menyombong, bongkak...sebab dio tak tau perangai si A,...so apa patut si B buat? klu aku jadi si B, aku buat bodo je...hahahaha

Wednesday, December 2, 2009

Apa-ape aje la..

Busy, busy, busy....penat! bukan bz kat opis tapi bz kat umah, mengemas rumah untuk pindah. Pindah rumah la part yang paling aku benci, nk pack barang, nk punggah barang pastu kat rumah baru nk kena unpack n kemas balik!! aduii..dah 3 hari aku pack dan hantar barang ke rumah yang baru nk duduk tu, sib baik dekat je.  orang lain cuti-cuti sekolah ni keluar rumah bawak anak2 p makan angin.cuti2 malaysia.., aku bergelumang ngan timbunan kain & pinggang mangkuk untuk dipack. Si Kenit tu pun sibuk la nk tolong, aku masuk barang ke dalam kotak dio tolong keluarkan!! Dah sakit tekak aku menjerit ni..hwwwwaa, bile nk abis kemas barang ni!

Monday, November 30, 2009

motivasi pagi

salam, motivasi ini sbenarnya aku dapat dari email, ntah siapa yang hantar; tapi bagus jugak kalau kita sama-sama manfaatkannya yer...

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.


Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Wednesday, November 25, 2009

Buku buat beg

Happy sesangat bile buku yang aku order kelmarin dah sampai hari ni...cepat sungguh!!
Buku jepun ni sebenarnyer dah lama aku terliur nk belek. Tup tup dah jadi milik ku..yeeeeehaa. Banyak jugak paten beg yang ditunjukkan.  Walaupun aku tak paham bahasa jepun tapi gambarajah yang ditunjukan dapat membantu aku memahami.  Kalau ikut kan hati ku yang teruja ni hari ni jugak nk buat beg-beg tu..hehehe. Memang aku akan buat sume beg2 tu tapi tak tau bile la..

Sambal belacan

Semalam ntah kenapa fikiran aku melayang-layang dari pagi sampai ke petang.  Al kisahnya selepas balik dari keje aku terus kerjakan ikan dan sayur yang aku beli kat mini market sebelum aku balik rumah petang tu.  Dah siap aku garam kunyitkan ikan selar kuning, aku masak sayur air kobis+suhun.  Next menu dalam kepala otak aku ni ialah sambal belacan. Lepas solat maghrib nanti aku akan goreng ikan terubuk masin pemberian adik aku lak..aku berkira2 dalam hati.  Sebelum solat aku nk siap kan sambal belacan...So aku pun kumpulkan bahan-bahan nk buat sambal ke dalam lesung batu then aku tumbuk, last skali aku perah limau nipis kedalam lesung batu tu, kacau-kacau skit tapi aku terasa semacam je sambal belacan aku tu, aku hidu bau sambal tu, lain je baunyer...tak menyengat langsung kataku dalam hati, pasti suami aku bebel ni klu tak kena buat sambalnyer...aku rasa blank seketika dan sambil berjalan ke luar ke dapur ke luar ke dapur dua, tiga kali baru aku teringatkan sesuatu.....aku melompat, belacan!..aku tak masukkan belacan ke dalam sambal belacan!! hahaahaaha patut la tak bau sambal belacan!! adusss...... Alhamdullilah jam 8 kami mengadap hidangan malam yang simple tapi....emmmph!!

Moral of the story...
1. Sebenarnya aku saja yang tahu kenapa aku terlebih khayal sehari suntuk semalam;
2. Selalunya aku tak pernah lupa belacan homemade mek aku tu, aku tak penah makan belacan lain selain dari belacan mek aku..so special!, yang buat aku lupa belacan kerana...rujuk no 1.

hehehehe...

The Sun Shine

Alhamdulillah kita masih dibumi Allah, Pencipta sekalian alam, Pengampun dan penyayang.

Dah seminggu hujan tidak berhenti-henti, walaupun tidak terlalu lebat tetapi hujan yang sambung menyambung menyebabkan kain di ampaian tak kering-kering sejak weekend lepas. Nasib menyebelahi aku bila petang semalam balik aje dari kerja aku terus sumbat kain kotor dalam washing machine. Pagi tadi dengan kesykuran aku dapat menjemur kain kerana matahari telah menonjolkan diri di awal pagi lagi, panas terik!!  Rupa-rupanya bukan aku saja yang menyedari dan dapat manfaat dari matahari yang bersinar terik tu, semasa menghantar puteri comel aku tu ke Taska rata-rata surirumah tersenyum lebar menyidai kain di ampaian malah hingga ke atas pagar rumah masing-masing, sekali tengok semacam pesta la pulak, kerana pagar-pagar dipenuhi kain yang berwarna warni..hehehehe, bertuah la surirumah yang sentiasa ada kat rumah kerana dapat merebut peluang itu secukup2nya...bagaimana bagi isteri dan ibu-ibu yang berkerja=surirumah yang berkerja?, yang keluar rumah seawal 7.30 pagi? Bagi aku, aku suka buat persediaan lebih awal, walaupun aku tidak pasti tentang apa yang akan berlaku esoknya.  Pengurusan masa amat penting bagi surirumah yang berkerja sepenuh masa, perlu disenaraikan apa yang patut dilakukan supaya masa dapat diuruskan secara optimum dan teratur.  Selamat menguruskan masa......

Monday, November 23, 2009

Buku Ustazah Nor Bahyah

Masa pegi lunch tadi aku 'termasuk' kedai buku hehehe...pantang jupe kedai buku aku ni.  aku berkenan buku Usatazah Bahyah ni, ringkas n padat isi kandungan nye..sebenarnya dah byk buku faddhu ain dalam simpanan aku tapi sb ustazah Bahyah punye pasal aku beli jugak la, minat tol dgn dia ni heheeh, pastu rupa buku dia lak cantik molek je..so aku rembat je. tapi isinye mmg tak mengecewakan, byk ilustrasi dan gambar bagi memudahkan kefahaman kita, diolah dengan bahasa yang senang difahami..heheh promosi la pulak

Mee Hong Kong

Aku ni kempunan nak makan mee Hong Kong sejak minggu lepas lagi tapi malas nk merayau kat Kuantan Parade tu, so aku tangguhkan saja.  Tapi hari ini aku pegi jugak masa lunch tadi.  Dengan semangat berkobar2 dan dengan penuh kelaparan aku sanggup berjalan kaki p Kuantan Parade bagi menikmati kelazatan Mee Hong Kong yang selalu aku jamu tu.  Rupa mee Hong Kong dah terbayang2 masa aku berjalan kaki tadi. Bile sampai je Food Court kat Kuantan Parade tu aku tak berlengah lagi terus tuju ke stall yang biasa aku order Mee Hong Kong aku tu...aku order la Mee Hong Kong...




Ni la rupa Mee Hong Kong yang aku order tu...nak meraung pun ade, mee hong kong dah jadi telur dada hong kong!!! Tukang masak tu bukan tukang masak biasa yang aku nampak, dio main tibai je mee hong kong aku tu...hwaaaaaa hwaaaaaa sedih pun ade nk marah memang la, terbakar rasa nengok muka selamba akak tu, klu tak reti cakap tak reti, jangan menghampakan orang!!  Ade ke dio goreng mee tu dlm telur dada kemudian taruk kuah cam tu je!! tu la hasil nyer...nampak cam telur dada kan...tapi kerana lapar n jauh berjalan aku suap jugak ke mulut  3 4 sudu...siapa yang bersalah!!! Gerammmmmmmmm...




Brooch raya

Minggu lepas aku beli 3 pasang brooch untuk raya ni, bkn nk show off ape yang aku beli tapi nk bagitau kekawan bahawa senye rega dio teramat la murah...RM15 untuk 3 pasang tu, klu kat tempat lain rega sepasang tu dlm RM10-Rm15 jugak la. Tokey tu jual harga borang nyer sbb dia ajak aku joint skli business brooch..hahahaha..

cantik kan..angsa tu paling cute..

Wednesday, November 18, 2009

Bad boy vs Good girl

Tengah nengok gambar2 raya lepas aku pecah perut mengenangkan telatah anak sedara aku yang sorang nih..nazrin, seusia puteri comel aku tu. Nazrin kuar 7@8 hari lebih awal dari KA(khadijah Anisa), ikut tingkap ummie dia sbb besau dlm perut daaa.... mmg nakal tol, raya lepas dia jadi genster in the house, my girl berlagak sopan je sepanjang masa hari raya tu..tak melawan bile nazrin buat jahat kat dia.hehehe ..mungkin gak nazrin geram tgk budak baik tu sapa dio gigit pipi KA!! mentang2 la gigi dio penuh...abis org dia nk gigit!!

ini dia nazrin bad boy..berbaju hijau tu, tunggu nk gigit la tu..

emmmm...nk cari peluang tu

yang baju melayu hitam tu hazwan, anak sepupu..ganas jugak!!!

suke tol negok gelagat budak-budak keceik-kecik ni, macam2 peel..

sewing box

Ni la rupa sewing box aku,jarang sangat sew box ni well arrange barang2 nye, most of the time bersepah jugak cam sebelum ade sewning box ni, klu susun cantik-cantik aku tak jumpe cari barang2 nye..heheh. sewing box ni adik aku yang tulung belikan.  Selain dari cantik dan sewing box ni juga sebagi organizer, byk benda buleh susun dlm box ni, senang dibawak p mana2, espically g kelas jahitan..

Tuesday, November 17, 2009

baju KA lagi..

Semalam aku sempat lagi siapkan sehelai baju KA, kiranye ni projek bidang terjun jugak, entah camner aku dapat ilham menjahit baju sebegini tanpa belajar..cam bomoh dapat ilham la pulak rasanyer.....heheheh, yer la tak mimpi tak ape..tup tup siap cantik baju puteri aku ni..aku guna benang getah buat kedut-kedut atas dada tu. Aku tibai je jahit tanpa test mane-mane kain perca. Masa start jahit tu aku berkata dalam hati.."jadi tak jadi lantak la..klu tak jadi aku buang je kain ni!!", tapi tanpa di duga teknik jahitan aku tu menjadi dan ni la hasil nya...aku guna kain cotton jepun yang lebih jahit dress dia minggu lepas..


suke sgt bile menjadi cantik baju tu, ni buat aku bertambah bersemangat nk menjahit.

Gambar kat bawah ni close up utk jahitan benang getah kat dada tu.



kalau ade sesiap nk tip jahitan benang getah ni leh la tanya aku....tau la skit-skit.


Monday, November 16, 2009

Kurung baby Rose

Ni pulak baju baby Rose. Baju kurung chiffon & kain susun satin ni ditempah rabu lepas. hari jumaat tu aku dah siap jahit dah..kejap je buat baju budak kecik ni..harap-harap dia suke..hehehe.


lawa tak? ada sesiapa berkenan?

Baju baru khadijah Anisa

Weekend lepas aku dan juga siap kan baju Khadijah Anisa,diperbuat dar cotton jepun yang aku beli minggu sudah, ni 1st time aku jahit dress budak tapi alhamdulilah menjadi jugak. Aku cuma copy patten baju kiko si kenit tu tapi aku ubah skit design dan kemasan dengan letakkan lace jepun di bahagian bawah baju. Nampak simple tapi cantik kan kan kan...

ni dia rupa dress Khadijah Anisa


susah tol nk suh dia bergaya model..tok penah duk diam!!


terjun kerusi la pulok..isk isk..tak makan saman!!

Alahai...puteri ibu ni tak buleh jadi model la, tak paham bahasa, ibu suruh dia berdiri dia duduk, dah la kamera enset aku ni blur semacam je. apa pun baju tu mmg cantik(buat sediri puji sendiri r). kalau ada sesiapa berkenan dan nak menempahnya sila la hubungi aku dengan sms, call, ym atau email seperti yang tertera di kepala blog nih..



buku quilt



Weekend lepas aku mengemas bilik jahitan selaku bilik study, terjumpa la buku quilt yang dah berhabuk ni. aku beli buku ni 2 tahun lepas..masa tu tgh datang minta nak buat quilt membuak-buak tapi tak de tok guru nk mengajarnye so aku bendamkan saja niat aku tu bersama buku ni sekali terbenam di rak buku..skg aku dah ade guide nk buat sume nih dan skg aku tengah kumpul material nk buat simple quilt, peralatan sume dah cukup cuma aku tunggu batting yang aku order kat kedai epal, dijangka sampai rabu ni, jarum peniti quilt pun dah aku order ngan zila minggu lepas., so sume dah cukup nampaknya, cuma tinggal satu saja halangan-masa!! skg aku tengah sibuk siapkan tempahan baju kurung dari kenalan, banyak tu tak la tapi sehari weekend aku tu terpaksa aku korbankan untuk menjahit..

Friday, November 13, 2009

Lagi-lagi buku..buku quilt

Salam.
Ni buku yang aku order dgn zilakassim, baru sampai pagi tadi. Buku patchwork ni ajar kita teknik nk cantum patchwork..bertambah lagi koleksi buku quilt aku..aku rasa ni buku last tahun ni aku beli kot..heheheh, yer ke? tunggu je lah..


Thursday, November 12, 2009

buku lagi...

Sulaman, satu lagi aku punyer interest, suke tengok corak yang pelbagai, walau pun sekarang ni ramai yang guna mesin buat sulam, tapi sebagai isteri & ibu melayu terakhir(hahaha)...aku rasa perlu belajar buat sulam tangan ni. Just want to share my sewing book collections..i bought these book few months ago, tapi satu paten sulam pun aku tak try lagi, but i have passion to do it...one day hopefully..heheh





buku-buku ni ajar byk paten atau corak langkah demi langkah..memang senang untuk diikuti bagi beginner cam aku ni..

Wednesday, November 11, 2009

Japan cotton...


Masa aku p lunch tadi singgah kedai kain, dah byk kali aku masuk kedai ni dan belek kain cotton jepun nih, at last hari ni aku beli gak..nk buat baju untuk anak dara aku tu..sempat ke tak siap raya nih.?!!

Tuesday, November 10, 2009

Art work..

Ni artwork ciput aku yang dah berbulan2 aku buat tapi baru aku siapkan baru2 ni..itu sebenarnye tin coklat, sayang nk buang so aku come out ngan idea ni, aku letak aksesori skit, letak bunga skit...taraaaaaaa..jadila jewellelry box..nk letak benang dan jarum pun bleh...cantik tak. ade sesiape berkenan?..

Congratulations..welcome to the world babe!!

Aku dah hampir terlupa nk ucap tahniah buat best pren aku Pn Anis kerana melahirkan anak perempuan ke 4 yang bernama NIK AMIENA 26 hari lepas...kat bawah ni gambar baby girl nye..



puang pulok mung beranok mek anis wei!! tahun depang mu kena beranok jate pulok la..hehehehe..

Pastu aku jugak nk ucapkan selamat kelahiran jugak buat SITI,  sepupu aku pada isnin lepas. Anak sulung,Terkejut badak aku bile tahu berat anak dio 3.98kg!! patut la kena bedah, sib baik selamat sume nyer..alhamdulilah. Apa-apa pun kau layan la pantang selama 60 hari tu ek...ke lebih?!!

ikut muka sape la ni...besau camnih!! hehehe


sume gambar baby ni tutup mata...camner kau orang amik gambar nih? amik la masa dio tgh senyum ke...apa daaa...org nk tgk mata dia..

Alahaiiiiii...ni  si kenit ni nak tumpang sekali la pulak...tak pe la dio baby gak..hehehe..ni anak aku la yang come lotee ni cam ibu dia..layan la...


    cam anak jepun je...


    shuffle ke tarian kuda kepang nih...



    anak dara ibu....comel nyer(sapa lagi nk puji anak ibu nih..) hehehe



    gambar masa raya lepas...

Over la pulak si kenit ibu ni...gambar dia je..tak pe la anak ibu kan..

Buku quilt

Buku quilt yang aku order minggu lepas dah sampai...byk jugak paten quilt style jepun yang ditunjukan spt beg,geisha doll, lapik pinggan, purse dan lain2...semoga ade la masa aku nk buat nanti..

Gunting baru...

Weekend lepas aku tersangkut kat gunting silver plated gold nih kat kedai Inai Mr Kong tu, dio bagi diskaun RM10, apa lagi aku pun rembat je la,  rege sebenar RM60.

beg

salam...


Ni dio beg aku aku belajar ngan zila kat kemaman hari tu. cantik kannnnnn......., skg aku tgh usahakan satu lagi beg, ntah bile bleh siap tu..






sesiapa yang nk tempah beg buleh la tempah sekarang! bunga tu tak jual ek..hehehe.

Sunday, November 8, 2009

koleksi gadjet jahitan

Ni dia koleksi mesin jahit dan peralatan asas jahitan yang aku ade...cucila mata ek..
ni mesin jahit pertama aku..beli 2 tahun lepas.singer.aku kasi dia nama Puteh, sbb dio puteh..


ni mesin jahit ke 2, aku beli yang terpakai..brand ralleigh. dah berkarat pun tapi kelass and bunyi dio manja je....aku namakan dia Itam, sbb...ape lagi sbb dio kaler hitam la...kadang2 Itam ni merajuk gak, buat hal, tapi bile dah antar service dah ok semula..

Thursday, November 5, 2009

belajar jait beg

Pada 1 Nov lepas aku semapat belajar jait tudung dan beg ngan zila kat kemaman..lupe lak nk bawak gambar beg & tudung tu..nanti aku post lain kali la ek..eeeeee naper la aku malas sgt nk update blog nii..sebenar nye aku rasa blog aku nih cam tak menarik langsung..nanti aku nk make up skit..nk kena menuntut ilmu blog nih..

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya aidilfitri...

assalamualaikum dan salam Aidilfitri...

susahnyer nak mencari masa untuk update blog nih..sesungguhnya apa jua yang kita lakukan mesti ade keinginan, keazaman yang kuat baru sesuatu yang kita usahakan akan menjadi sekurang-kurangnyer terlaksana walaupun tidak sempurna....bukannyer susah sangat nak update blog sebenarnyer tapi ade saja 'bencana' yang menimpa dalam jangka masa sebulan ni..anak deman, diri sendiri demam, suami sakit, balik kampung dan yang paling buat tak cukup masa kerana menjahit pakaian raya untuk diri sendiri, suami, anak, adik-adik dan mek... yang paling memenatkan dan mencabar menjahit langsir rumah mek dimana langsir-langsir nyer sume besar-besar belaka...namun cabaran itu memberi saya pengalaman yang cukup berguna. pengalaman yang dapat bukan saja dalam bidang kemahiran jahitan saja tapi juga mengajar saya mengatur, mengurus dan mengguna masa secara optimum!!. Insyallah....lepas raya ni saya cuba fokus tentang tujuan blog ni diwujudkan...akhir kata, selamat menyambut hari raya aidifitri, maaf zahir & batin..

Tuesday, July 21, 2009

Permulaan...

setiap sesuatu itu mesti ade permulaan, kejadian kita ini pun bermula dengan satu titik. hari ini adalah permulaan aku berblog...sebenarnye aku pun tak tau nk blog pasal ape..orang berblog aku pun nk berblog....itu satu masalah, yang kedua ade ke masa aku nk berblog nih....?!. Apa-apa aje la ek..aku update ler ikut kemampuan. sekurang-kurangnye leh la aku cakap kat org aku pun ade blog..hehe hehe....tapi aku ade gok hobi yang mungkin bleh dikongsi bersama. Hobi aku menjahit, crossstitch, menyulam, membaca, menanam pokok(hanya leh & mampu tanam pokok bunga je!)..aku harap blog aku ni leh 'sehidup semati' ngan aku la..jangan tak sampai sebulan blog aku ni 'kering'...heheheh...selamat berblog lahh..