Assalamualikum dan salam sejahtera.
Dari awal tahun ni banyak juga tempahan dan ready made yang saya sempat buat. Ternyata kerja tangan yang bermula dari hobi ini akhirnya menjadi kerjaya sepenuh masa saya kini. selain mengambil tempahan baju sikit2 saya lebih suka membuat bag-bag yang pelbagai ini mengikut tempahan pelanggan dan patern-patern yang saya beli dr designer-designer luar terutamanya US. Tetapi saya lebih suka menjait bag ikut skill dan kreativiti saya. Ternyata berkerja dirumah lebih memberi saya banyak kelebihan dari membuka kedai atau perusahan jahitan. Pengalaman saya berkedai dan mengajikan pekerja pada tahun 2014 memeningkan kepala dan membebankan saya. ternyata mempunyai kedai memberi kita tekanan terutamanya pekerja yang tidak jujur dan amanah. Kini saya lebih selesa berkerja dirumah, punyai byk masa dengan keluarga dan dapat berjumpa pelanggan dimasa yang sama. suka-suka-suka....hihihi
maka layan la mata dengan hasil2 tak seberapa ini..
Haaa..tu dia amek ko, sekali post masuk abih sume gambor!! so klo ade sesape yang berminat nk menjahit dan nak dapatkan barang-barnag jahitan kunjungi kedai online saya
handmade cottage . macam-macam ada..okbaiii..